Lompat ke isi kandungan

MUHASABAH RAMADHAN: Layakkah Aku Digelar ‘MUJAHID’

September 17, 2008

Salam Ramadhan dan perjuangan buat sahabat pembaca sekalian…

Perjuangan Islam sama sekali tidak akan luntur di atas muka bumi Allah s.w.t ini kerana setiap masa dan waktu akan sentiasa ada mata-mata rantai yang akan di lahirkan bagi menyambung perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.Hal ini bertepatan dan menjadi satu kenyataan yang tidak dapat di nafikan dengan apa yang telah disebutkan oleh Baginda s.a.w beribu tahun yang lalu melalui sirah Baginda SAW.Antaranya ialah, bahawa tidak akan diutuskan seorang Rasul melainkan pasti akan ada diantara manusia ini yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi penolong dan pembantu mereka.

Generasi para sahabat adalah satu generasi terpilih yang telah diangkat kemuliaan mereka itu dengan menjadi penolong dan pembantu Rasulullah SAW dalam jihad dan perjuangan mereka. Mereka telah meredah dan merintis jalan Dakwah Islam yang penuh dengan cabaran dan onak duri serta menepuh segala mehnah dan tribulasi demi menjulang kemuliaan Islam serta memenangkan dan menjulang kalimah Tauhid di atas muka bumi. Mereka telah membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul dengan menabur sejuta pengorbanan yang tiada nilainya. Merekalah generasi yang patah takkan tumbuh, hilang takkan berganti.

Antara contoh teladan sahabat-sahabat yang telah membuktikan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan agama Islam ini ialah Saidina Abu Bakar as-Sidiqq,Umar al-Khattab,Ali bin Abu Talib dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain.Mereka boleh di jadikan sebagai qudwah untuk para Mujahid dalam menabur sejuta tenaga dan beribu pengorbanan dalam menegakkan kegemilangan Islam di muka bumi ini.Jika kita melihat Sirah Baginda s.a.w bersama para Sahabat Baginda dalam memperjuangkan agama Allah ini kita akan mendapati bahawa mereka merupakan satu golongan umat yang telah banyak menabur bakti dan telah banyak berkorban jiwa,harta,orang yang tersayang dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan kemenangan Islam bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Merenung dan melihat serta mendalami keadaan remaja-remaja Islam di era perubahan generasi ini,kita dapat melihat dua perbezaan yang sangat ketara di kalangan mereka ini iaitu remaja yang mempunyai semangat untuk memperjuangan agama dan juga remaja yang bersemangat tanpa segan silu dan rasa bersalah dalam menjatuhkan agama Islam yang syumul ini.Dalam konteks mahasiswa dan mahasiswi kampus, saya melihat satu gelaran yang hangat di guna pakai oleh mereka yang bergelar aktivis kampus ialah mengelar diri mereka sebagai MUJAHID-MUJAHID yang berjuang di kampus atau dengan kata lainnya mengakui bahawa mereka merupakan golongan remaja yang berjihad di kampus dalam memartabatkan kegemilangan ISLAM di bumi kampus masing-masing.

Saya tidak nafikan bahawa tanpa golongan mahasiswa/i yang mengelar diri mereka sebagai MUJAHID ini sudah tentu Islam tidak dapat disebarkan dengan lebih meluas kepada warga kampus yang semakin hari semakin hanyut dengan keseronokan dunia yang telah menipu mereka.Jika kita melihat realiti kampus itu sendiri kita akan mendapati bahawa telah banyak remaja Islam kita telah terjerumus kepada lembah kemaksiatan yang menjauhkan mereka dari Allah s.w.t.Oleh itu,golongan Mujahid kampus inilah memainkan peranan yang sangat penting untuk MENGISLAHKAN remaja Islam kita yang tergelincir dari landasan yang sebenarnya ini.

Tapi sebelum itu satu persoalan yang ingin saya timbulkan kepada PARA MUJAHID KAMPUS,apakah kita benar-benar telah meletakkan diri kita atau memainkan peranan yang sebenarnya dalam posisi kita yang bergelar MUJAHID ini?Sebagai renungan dan muhasabah bersama,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini telah menepati ciri-ciri yang sebenar bagi melayakkan kita untuk bergelar MUJAHID?

MUHASABAH BAGI PARA MUJHID KAMPUS:

1.Adakah kita benar-benar meletakkan MATLAMAT perjuangan JIHAD kita adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan sejauh mana KEKUATAN AKIDAH kita pada Allah s.w.t?

Kemantapan akidah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas jihad.Sehubungan dengan ini Allah s.w.t amat mengetahui sejauhmana keyakinan dan keimanan hambaNya.Ketahanan para sahabat menghadapi pelbagai ujian telah melahirkan satu generasi yang bersedia menerima apa sahaja perintah untuk di laksanakan,sedia berkorban di jalan Allah sama ada menang atau syahid dan bersedia untuk mengisi kemenangan tersebut dengan perintah Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya para sahabat yang berjihad mempunyai niat yang ikhlas menetapi AKIDAHNYA.Niat jihad mereka mestilah kerana Allah,berjihad bagi menegakkan kalimah Allah bukan kerana dunia seperti menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

2.Adakah PENGORBANAN yang telah kita lakukan telah cukup dan membantu dalam perjuangan menegakkan kalimah Tauhid di bumi kampus ini?

kamu beriman pada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itukah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”.(ash-Shaff:11)

Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat Baginda merupakan contoh teladan yang sangat sesuai untuk kita melihat pengorbanan jihad mereka.Mereka bukan sahaja sanggup berjihad harta tapi mereka juga sanggup menggadaikan jiwa mereka ingin kemengan ISLAM.
Di zaman Rasulullah s.a.w,kaum Muhajirin dan juga Ansar telah membuktikan bahawa perjuangan mereka adalah semata-mata bermatlamatkan untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t sehinggakan kaum Muhajirin sangup berkorban meninggalkan kampung halaman tercinta untuk berhijrah ke Madinah kerana mematuhi perintah daripada Allah s.w.t.Begitu juga dengan kaum Ansar mereka tidak rasa sayang sedikit pun untuk berkongsi harta mereka dengan kaum Muhajirin sehinggakan isteri mereka sendiri pun ingin di beri pada kaum Muhajirin.Banyak lagi sirah yang kita boleh lihat tentang betapa jelasnya matlamat para MUJAHID di zaman Rasulullah s.a.w.
Banyak sekali di dalam peperangan,TENTERA-TENTERA MUHAMMAD ini mengotakan janji mereka untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Ramai sekali di kalangan mereka berjaya menempahkan diri ke SYURGA dengan tiket SYAHIDnya mereka di dalam peperangan.

3.KEYAKINAN pada Allah s.w.t merupakan satu sifat yang tidak boleh lari dari seseorang yang mengelar diri mereka sebagai MUJAHID.Mereka tidak rasa berat dan kecewa di atas musibah yang menimpa diri mereka dalam menempuh ranjau perjuangan mereka.Mereka merasakan bahawa Allah s.w.t sentiasa hampir dengan mereka.Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKUaa0 dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran“.(al-Baqarah:186)

4.Untuk mengelar ini sebagai seorang MUJAHID,kita hendaklah menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah s.w.t atau dengan kata lain TARBIYAH RUHIYYAH kita terhadap Allah s.w.t.Adakah kita menjadikan diri sebagai SINGA yang berjuang di siang hari dan seorang RAHIB di malam harinya yang tidak pernah putus dalam mempertingkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta mengukuhkan keimanan dan ketakwaan pada ILAHI.

5.Akhir sekali,sebagai muhasabah untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini berusaha untuk mencapai apa yang dilaksanakan oleh Syahid Al-Hassan Al-Banna’ iaitu:

1) Berusaha untuk mencapai KEFAHAMAN MENDALAM sebagai seorang hamba dan MUJAHID.

2) Berusaha untuk meningkatkan amal ibadah untuk mencapai KEIMANAN YANG MENDALAM
pada Allah s.w.t

3) Berusaha untuk menghayati erti KASIH SAYANG YANG MENDALAM sesama
MUJAHID dalam memperjuangkan agama ISLAM yang syumul ini.

Akhir kalam dari penulis,saya berharap agar PARA MUJAHID KAMPUS sentiasa berusaha dalam memperbaiki diri dan hubungan dengan Allah s.w.t agar perjuangan yang kita lakukan ini sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t dan tergelincir dari dasar TARBIYAH ISLAMIYYAH yang sebenar..

“SELAMAT BERJUANG BUAT SAHABAT-SAHABATKU YANG TERCINTA”

Advertisement

Suratan buat pejuang ‘Melayu’

September 16, 2008
by

Wahai UMNO… Menurut ajaran agama, orang Islam yang tergilakan dunia akan menjadi semakin lemah dan tewas. Ini sudah terbukti. Baguslah kalau UMNO berusaha membaiki diri dan bersedia untuk kuat kembali. Tetapi UMNO  tidak mungkin boleh naik lagi. Tidak mungkin. Jangan kamu kira ‘tangan’ yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi.

Sudah sunnatullah, siapa di kalangan orang Islam yang membelakangkan agamaNya, maka jatuhlah ia. Maka akan hancurlah kamu wahai UMNO oleh tangan-tangan yang telah membangunkannya. Sepertilah runtuhnya tembok pemisah Berlin yang diruntuhkan oleh pembinanya sendiri. Memanglah begitu sudahnya nasib semua yang diciptakan. Hanyasanya kuasa Tuhan yang kekal abadi.

UMNO, kamu pernah mendabik dada mengatakan kamu membela rakyat, tetapi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat, kamu tidak mampu menanganinya. Menderita rakyat akan bahana semakin kecilnya nilai wang, dan survival hidup yang makin mendesak.

UMNO, kamu sebagai peneraju dan pemangkin kemajuan agama Islam tidak bersikap yang sepatutnya.  Apalah yang dihairankan, kamu sendiri gagal mendidik orang2 kamu , inikan pula nak mendidik rakyat?! Tiada yang indah agama Islam itu di mata rakyat, jika dilihat dari pembawaan orang2 kamu dan isteri2 kamu, pada segala harta yang kamu pamerkan kepada rakyat.

UMNO, bagaimana layanan kamu terhadap rakyat bukan Islam dan kaum pendatang dari negara asing?  Mereka yang mahu sama2 hidup bersama kamu itu bukanlah  orang2 yang jahat,  bukannya kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi yang menerima kerajaan yang dipimpin orang Islam. Penentangan kalau pun ada bukan dari rasa pemusuhan, cuma rasa tidak puas hati dan tidak meyakini serta tidak faham dengan setengah hal yang kamu lakukan atas nama Islam.

Mengapa kamu berkeras dengan mereka?  Di manakah keindahan Islam yang sepatutnya diteladani dari junjungan mulia?  Sungguh nama Islam JATUH di tangan kamu!!

Terhadap kafir Zimmi ( bukan Islam yang tidak menentang ) Nabi kita memerintahkan agar kita membela mereka. Bukannya diajak bertengkar atau bergaduh. Rendahkanlah egomu.  Islam mengajar kita melayan apa juga bangsa dengan segala kasih sayang serta budi yang halus dan baik.

UMNO.. Bukankah kamu masih berharap kepada rakyat untuk menyokongmu ? Walhal kamu amat sedar bahawa kamu sudah terlalu mengecewakan rakyat. Cintamu yang berlebihan kepada dunia hingga kamu meremehkan Tuhan dan akhirat adalah sebab utama mengapa kamu gagal menyelamatkan rakyat.

Konon kamu mencari Al Ghazali, As Shafie  untuk Negara mu, walhal mujadid Tuhan di depan mata kamu tidak pedulikan. Masakan kamu tidak mampu melihat kebenaran yang dibawanya? Ya, kamu melihat kebenarannya tetapi kamu buat2 tak tahu atas sebab cinta dunia kamu yang sangat menebal. Kamu tidak akan dapat  lari ke mana, wahai UMNO..

Apa kamu rasa Tuhan tidak campur tangan dalam pilihanraya 2008? Kuasa apakah yang mendetik-detik dalam hati rakyat untuk menolak kamu?  Penolakan terhadapmu bererti penolakan terhadap semua rakan2mu. Apakah rakyat merasakan parti pembangkang adalah terlebih baik dari kamu?  Tidak juga. Mengapa gelombang yang sebegitu dahsyat ini sungguh mengejutkan hingga yang mencapai kemenangan pun tidak menyangkanya? Inilah penangan kuasa yang paling Agung yang menggenggam hati2 manusia. Yang menentukan hidup matinya manusia!

RAMADHAN : TARBIYYAH DAN PERJUANGAN

September 15, 2008


Assalamualaikum, bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memanjangkan nafas memberikan lagi kita peluang meneruskan kehidupan dalam bulan Ramadhan ini.Sebagai seorang muslim yang menyatakan keimanan pada Allah s.w.t kita hendaklah mengambil peluang ini dengan meningkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta memperbanyakkan melakukan kebaikan walaupun kebaikan yang kita lakukan itu hanyalah sebesar biji sawi.

Ramadhan merupakan satu bulan rahmat yang tak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam akhir zaman ini.Ramadhan membuka seluas-luasnya peluang kepada kita semua untuk koreksi atau muhasabah diri masing-masing.Inilah masanya untuk kita melihat dan menilai sejauh mana keimanan kita pada Allah s.w.t,banyak mana sumbangan yang telah kita berikan pada Islam, banyak mana kita telah lakukan maksiat pada Allah s.w.t, sejauh mana kita mennghargai perjuangan Rasulullah s.a.w,sedalam mana kita cinta pada Baginda dan sejauh mana kita berusaha untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Inilah masanya sahabat-sahabat untuk kita melihat kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.Rebutlah peluang ini untuk menyuburkan TARBIYAH ISLAMIYYAH.Sucikanlah HATI ini yang telah banyak membuat maksiat pada Allah s.w.t,sucikanlah HATI ini yang telah banyak berdusta dengan kata-kata tanpa sebarang tindakan yang dilakukan terhadap agama Allah s.w.t dan sucikan HATI ini dari segala sifat-sifat mazmumah yang tidak disedari berada dalam diri kita ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya“. ( Asy Syams :9-10)

Diri ini malu untuk menyatakan bahawa diri ini mencari CINTA ILAHI kerana takut ucapan yang di keluarkan itu bukanlah dari HATI yang benar-benar IKHLAS tetapi hanya diucapkan apabila diri ini merasa keseorangan dan semasa mendapat musibah dariNya.Saya juga TAKUT untuk merasakan bahawa diri ini benar-benar YAKIN pada pertolongan ALLAH s.w.t kerana kadang-kadang apabila diri ini DIUJI saya hampir mencari dan meminta pertolongan makhluk ciptaanNya.Jadi,inilah masanya untuk jadikan semua itu sebagai kenyataan yang BENAR.Manfaatkan Qiamullai untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dalam mencari CINTANYA, pertingkatkan amal ibadah untuk membuktikan bahawa hanya pada YANG MAHA ESA kita berserah dan berharap.

Betapa ruginya kita semua sekiranya kita hanya menjadikan RAMADHAN SEBAGAI BULAN TARBIYAH kerana Rasulullah s.a.w dan juga sahaba-sahabat Baginda menjadikan Ramadhan ini sebagai BULAN MENINGKATKAN TARBIYAH dan juga BULAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEIMANAN mereka pada ALLAH s.w.t dengan BERJUANG di JALAN ALLAH s.w.t.Cuba kita ingatkan kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ramadhan ini:

2 Ramadhan 2H adalah hari bersejarah berlakunya peperangan pertama dalam survival umat Islam iaitu Perang Badar. Sejarah askar Islam seramai 313 orang di bawah pimpinan Rasulullah SAW bertempur dengan tentera Arab Musyrikin.Mereka tentera Islam telah membuktikan keimanan dan kesyukuran mereka pada Allah s.w.t sehinggakan mereka berjaya menewaskan musuh yang berlipat kali ganda bilanganya dari mereka.

Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya“.

Peristiwa ini sebenarnya cukup bermakna dalam memberikan pengajaran kepada kita semua dan juga sebagai satu motivasi untuk kita bertambah YAKIN untuk MENINGKATKAN KEIMANAN dan BERSYUKUR pada ALLAH s.w.t kerana melahirkan kita dalam keadaan memperolehi NIKMAT ISLAM dan IMAN.

Banyak sebenarnya perisitwa perang dalam bulan Ramadhan, satu lagi ialah Perang Tabuk yang juga dikenali sebagai perang tentera berjalan kaki dan perang tentera yang dalam kesusahan (kerana kepanasan dan tiada bekalan air). Peperangan ini dicatakan sebagai bermula sejak bulan Rejab lagi. Kalau kita bayangkan .. Rejab, Syaaban dan masuk Ramadhan, hampir tiga bulan semuanya. Seramai 30,000 tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW mempertahankan utara Madinah dari kemungkinan diserang Rom.

Itulah perang pertama antara umat Islam dan Kristian di Eropah yang pada masa itu dikenali sebagai Rom. Andaikan pada hari ini negara-negara Eropah yang kita biasa dengar seperti UK, Jerman, Spain, Portugal, Itali dan sebagainya (katakan termasuk Amerika juga) bergabung dan berperang dengan negara-negara Islam, salah satu angkatan mereka menyerang Malaysia. Bagaimana, adakah semangat kita terasa sekuat tentera Islam Perang Tabuk atau terasa lemah sendi memikirkannya?

Namun dalam Perang Tabuk itu, tentera Islam telah berjaya menyekat kekuasaan Kaisar Rom dan berakhir dengan kejayaan aspek ekonomi dan politik apabila negeri2 dan kawasan yang dijajah Rom sebelum itu telah berani untuk beralih ke bawah naungan kerajaan Islam.

Begitu juga pembukaan kota Makkah selepas Perjanjian Hudaibiyah dilanggar oleh kaum Arab Musyrikin. Nabi memimpin tentera Islam dari Madinah untuk mengambil semula Kota Makkah. Pada masa itu Khalid al-Walid telah pun memeluk Islam dan memimpin satu unit pasukan memasuki Makkah dan mengalami sedikit pertempuran ditentang sahabat karib lamanya Ikrimah Abu Jahal. Mampukah kita berdepan dengan sahabat karib seperti ujian yang dihadapi Khalid itu?

Surah Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”.

Lihatlah betapa HEBAT dan KUATNYA KEIMANAN umat ISLAM satu ketika dahulu.Mereka tidak sedikitpun mengurangkan ibadah mereka pada Allah s.w.t bahkan mereka sentiasa mempertingkat amal mereka setiap masa dan waktu,mereka tidak pernah putus dalam berjuang untuk MENEGAKAKKAN KALIMAH ALLAH di muka bumi ini walaupun dalam bulan Ramadhan.Tapi, macam mana dengan umat Islam sekarang?..Sehebat mana KEHEBATAN AMAL IBADAH kita?..sebanyak mana kita telah BERKORBAN UNTUK BERJUANG di jalan ALLAH?…

Sampai bila kita hendak duduk begini?..Bila lagi untuk kita mendapat kemenangan?..
Saya tinggalkan persoalan ini untuk saya dan juga sahabta-sahabat sekalian bermuhasabah…

Pemuda agen perubahan….

September 15, 2008

Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihakpihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan.

Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: “Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi.”

Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.

Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?
Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan
Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan
peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka
seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut
supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa
ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:

1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang
sepatut dilakukannya.
2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani
anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua
walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun
datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.

Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah
sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya
dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai
dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas.

Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain
pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
Allah swt. berfirman mafhumnya :
16:70. ..dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Kuasa.

Kenapa benci ISLAM?

September 13, 2008
by

salam kotaraya,

Saya tertarik dengan isu penangkapan ahli parlimen Seputeh dibawah akta zalim ‘ISA’ bermula semalam. Beliau ditahan dirumahnya pada jam 8.30 malam tadi. Penahanan beliau dikaitkan dengan isu yang menyebabkan kemarahan umat Islam khususnya. Walaupun kenyataan dan tindakannya menyebabkan kemarahan umat Islam, tetapi penggunaan ISA bukan suatu jalan yang tepat digunalkan kerana ISA nerpakan akta yang hanya melindungi sesebuah parti politik dan bukannya untuk kepentingan negara.

Apapun saya tak berminat untuk membicarakan isu ISA buat masa ini. Tetapi apa yang nak dirungkaikan ialah tindakan MP Seputeh yang boleh dianggap biadap terhadap maruah umat islam apabila beliau melarang mengumandangkan azan menggunakan pembesar suara kepada masjid dan surau di kawasan Kota Damansara, Puchong Jaya dan Sri Serdang. Selain daripada itu,  tindakan yang dianggap bodoh juga ialah dengan menukar papan tanda bertulisan jawi kepada tulisan cina dan india. Apa maksud disebalik tindakan ini? Inikah yang diharapkan akan memipin negara selapas ini?

Kita baru sahaja berasa tenang dan senang dengan beberapa pimpinan DAP yang menonjolkan tindakan yang banyak menyokong kearah perpaduan kaum dan juga kepada pembentukan negara islam seperti yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pingang, Lim Guang Eng. Namun yang demikian, tindakan yang dibuat oleh MP Seputeh itu boleh menimbulkan amarah dikalangan umat islam yang boleh memberi impak yang negatif kepada negara. Kepana beliau tidak mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru sahaja meluluskan peruntukan bagi pembinaan Sekoleh Agama Rakyat di negeri berkenaan. MP Seputeh sepatutnya lebih rasional dalam membuat tindakan kerana beliau perlu fikirkan bahawasanya rakyat Malaysia merupakan masyarakat majmuk dan yang paling penting ialah majorotinya umat Islam.

Apa yang sepatutnya ialah beliau perlu meminta maaf kepada semua umat Islam agar isu ini tidak dipolitikkan oleh pihak tertentu supaya tidak menjadi lebih serius ataupun lebih baik letak jawatan je. Orang seperti ini tidak layak menjadi pemimpin, walhal menjadi rakyat pun boleh menimbulkan rasa tidak tenteranam kepada umat Islam. Saranan kami(syabab group) ialah letak jawatan dan jangan memainkan isu sensitif sebegini lagi….

e_wan8989

salam ramadhan dari usim…

September 11, 2008

inginku sampaikan salam ini khas buat abang2ku.assalamualaikum.diharap ramadhan ini bisa membuat diri kalian lbih gigih berusha untuk menggapai mardhotillah..

kitlah pejuang2 yang mewarisi sunnah nabi dan perjuangannya..smoga kita menjadi pemuda pilihan ALLAH untuk syurgaNYA..

dari utara…

September 10, 2008

SEPULUH WASIAT..

  1. Apabila mendengar azan,segeralah mendirikan solat walau keadaan apa sekali pun..
  2. bacalah Al-Quran,tatapilah buku2,pergilah mendengar perkara2 yang baik,amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
  3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab fushah,kerana ia adalah salah satu syiar Islam..
  4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan..
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu sentiasa tenang dan tenteram..
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara..
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring dari daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah respon yang sia2 dan boleh menyakiti hati orang..
  8. Jauhilah dari mengumpat dan mengecam orang,dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang boleh memberi kebajikan..
  9. Berkenalanlah dengan setiap ikhwan muslimin yang dijumpai walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan,,
  10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada.oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah,dan jika anda mempunyai tugas sendiri,ringkaskanlah pelaksanaannya..

sebagai peringatan kita bersama sahabatku,moga universiti Ramadaan ini memberikan kita ijazah ketaqwaan sebagai bekal dalam perjalanan hidup di dunia sementara ini…

Uhibbukum LILLAH…

Memoir Syabab di KUIS

September 7, 2008

Alhamdulillah, kunjungan syabab members pada kali ini memberi makna dan impak yang besar dalam diari syabab. Dimulakan dengan iftar dalam talam( mengingatkan kembali kenangan semasa di sekolah&markaz dahulu ) , seterusnya dengan aktiviti solat terawih di masjid al-azhar. Kunjungan kami disambut oleh pengerusi masjid tersebut dengan ramahnya. Pada malamnya kami sempat berdiskusi dengan YDP MPM dan bekas YDP MPM KUIS. Apa yang diborakkan ialah tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan mahasiswa terutamanya selain mengupas aspek kepimpinan. Seterusnya kami memulakan perbincangan masalah terkini secara tidak formalnya. Konklusinya, ziarah pada pertama kalinya ini memberi imput yang berguna kepada kami semua dan diharap usaha sebegi dapat diteruskan pada masa yang akan datang…

Pemergian Pak Samad Suatu Ingatan

September 5, 2008

Tokoh kewartawanan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai pada 5.58 petang tadi kerana jangkitan paru-paru. Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.Beliau merupakan seorang wartawan yang amat lantang menyurakan pandangan melalui penerbitan artikel dan sebagainya.Pak Samad berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan sehinggalah diwarisi oleh anak-anaknya.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.Semoga arwah kembali kepada khaliqnya dalam keadaan ‘husnul khatimah’….

salam dari iium

September 3, 2008

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Kita menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak ‘slow’ sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, ‘MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK’ atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah. – msa.

*dipetik dari tulisan Dr.Osman Nasir