salam perubahan : hanya perlu melangkah…
Dipetik dari http//:nurtarbiyah.blogspot.com
Entah kenapa pada minggu ini banyak sekali jemputan yang saya terima untuk menyampaikan tazkirah di kolej-kolej kediaman.Semakin memberikan peringatan pada orang lain semakin terasa diri ini semakin kerdil di sisi Allah s.w.t kerana melihat keadaan diri yang serba daif dan hanya mempunyai setitik ilmu dari tujuh lautan yang begitu luas.Kadang-kadang banyak persoalan yang ingin di timbulkan bagi menghilangkan perasaan gusar di dalam diri ini.Adakah aku benar-benar layak untuk menyampaikan Islam dalam keadaan diri sebegini,Ilmu yang sedikit,Amalan yang tak seberapa dan tidak pernah lekang dari melakukan maksiat pada Allah s.w.t
Namun,jika aku tak MELANGKAH menyampai dan menyebarkan agama yang mulia ini,siapa lagi?.Adakah aku akan membiarkan sahaja hanya orang lain mendapat gelaran umat yang terbaik seperti yang di firmankan Allah s.w.t di dalam surah al-Imran ayat ke-110:
“kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman pada Allah”
Adakah al-Quran diturunkan hanya untuk golongan-golongan tertentu sahaja?Adakah hanya golongan-golongan yang tertentu sahaja yang perlu beriman pada al-Quran?..Ingatlah sesungguhnya kita beruntung di kurniakan akal fikiran yang membolehkan kita membuat pertimbangan dalam setiap perkara yang kita lakukan dan akal ini jugalah yang melayakkan kita semua untuk memikul AMANAH Allah dan juga amanah AL-QURAN.Sesungguhnya makhluk selain dari manusia tidak sanggup untuk memikul al-Quran ini,hal ini telah dimaklumkan oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud:
“sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpaan-perumpaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir“(al-Hasyr:21)
Tapi malangnya,MANUSIA MUDAH LUPA DIRI..sedangkan gunung yang tidak akan dihisab di hadapan Allah s.w.t TAKUT PADA Allah,kenapa kita yang bakal dihisab di hadapanNYA ini tidak berasa takut pun dalam melakukan maksiat padaNya?..Jika di lihat realiti umat Islam sekarang ini baik yang muda,baik yang tua,baik orang kampung mahupun mahasiswa kampus semakin hari semakin ramai yang lupa diri,makin ramai yang tidak merasa gentar akan maksiat yang dilakukanya bahkan makin ramai “orang Islam” yang menentang Pejuang-pejuang Kebenaran dalam mengembalikan keizzahan Islam.
Antara kolej yang sempat saya turun untuk menyampaikan tazkirah pada minggu ini ialah KK1,KK9,KK5 dan Kolej Kediaman ke Tujuh.Dalam pemerhatian saya yang singkat ini pada pandangan saya kita kini berada dalam keadaan kritikal kerana tidak ramai yang mahu meletakkan diri mereka sebagai Penegak Kalimah Allah dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar di kampus ini.Kita tak mampu untuk menawan hati-hati mahasiswa mahasiwi yang bergelar muslim ini untuk terus berminat dengan ISLAM dan juga BERJUANG UNTUK ISLAM.Suasan Islam di kolej-kolej kediaman semakin pudar wal hal begitu ramai orang Islam yang tinggal di kolej kediaman.Apa yang berlaku sebenarnya?Adakah Islam tidak mampu untuk menawan HATI manusia ini?
Persoalannya juga,siapa yang harus menawan hati mereka ini? siapa yang ingin merebut gelaran sebagai UMAT TERBAIK?..Tidak kiralah sesiapa pun,tapi Islam meletakkan amanah ini ke atas setiap hambaNya.Untuk merealisasikan Amanah Allah ini,YANG UTAMA kita HANYA PERLU MELANGKAH:
Melangkah untuk MEMAHAMI ISLAM,
Melangkah untuk CINTAKAN ISLAM,
Melangkah untuk MENJADI PEJUANG-PEJUANG ISLAM,
Melangkah untuk MENGEMBALIKAN KEIZAHAN & KEGEMILNAGAN ISLAM.
Akhirnya melangkah MENCARI KEMENGAN ataupun SYAHID di JALAN ALLAH.
Sekiranya setiap orang menjadi PEMULA untuk MELANGKAH,insyaAllah saya yakin ISLAM pasti akan tertegak di KAMPUS ini secara khususnya dan di seluruh negara secara umumnya.
“PASTIKAN KITA SEBAGAI PEMULA UNTUK MELAGKAH”.
salam perubahan
UMAT ISLAM KURANG BERDAKWAH
Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.
Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat ada seorang muslim yang melakukan solat fardu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), masjid atau surau dalam keadaan cara pelaksanaan solatnya tidak mengikut peraturan kaedah solat yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan betul lagi tepat, tetapi bagi kita yang melihat, tidak sanggup untuk menegur, tidak menegur kerana takut, atau tidak ada ilmu, atau kerana malas, apapun tindakan kita itu menyebabkan orang yang salah dalam beribadat akan terus merasakan bahawa ibadat solatnya itu betul dan tepat, kerana ia salah sudah tentu ada muslim yang menegur. Bayangkan jika 20 tahun dia melakukan solat sedemikian, iaitu solat yang tidak diterima Allah, maka dia dianggap serupa seperti orang yang tidak bersolat, maka orang yang tidak menunaikan solat akan ditempatkan dalam api neraka, apakah kita sanggup melihat ada di kalangan orang Islam yang bertahun-tahun melakukan ibadat-ibadat fardu selain solat dengan tidak diberi pahala dan seterusenya menjadi penghuni neraka. Justeru, amal ibadat yang dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kepada ilmu dan kefahaman yang betul, kerana ia telah disebut dalam disiplin ilmu �Usul Fiqh� maksudnya : Semua amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, jika ia tidak disandarkan kepada ilmu dan makrifat yang betul, maka sesungguhnya amal ibadatnya adalah tertolak (sia-sia tidak diterima Allah SWT). Begitulah juga dalam persoalan ibadat-ibadat lain yang menitik-beratkan kepentingan dosa dan pahala, seperti membiarkan muslimat tidak memakai hijab (tudung kepala) atau menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya berdosa dan mungkin sahaja dihitung dalam himpunan golongan orang-orang yang tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : �Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.� Apa yang dapat kita fahami daripada keterangan hadis Nabi di atas, bagi yang merubah mungkar dengan berdoa dianggap sebagai golongan yang lemah imannya, apatah lagi kalu kita tidak menegur, mencegah atau merubah mungkar, sudah tentu ia boleh disifatkan sebagai golongan yang tidak ada iman dalam hati mereka, mahukah kita dilabelkan demikian oleh Allah nanti di akhirat, justeru itu, perhatikan tindakan ketika kita masih berpeluang untuk melakukannya. Kewajipan menyampaikan informasi agama kepada ummah Hal ini telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis Sohih riwayat Ibnu Omar r.a. daripada Rasulullah yang bermaksud : �Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat, tidak menapa kamu lakukan (ceritakan) riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka.� Hadis riwayat Imam al-Bukahri dan at-Tirmizi. Jelas daripada keterangan hadis di atas, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengarahkan umatnya agar sentiasa menjalankan kewajipan menyampaikan ajaran Islam sesama mereka tanpa perasaan prejudis, ia bertujuan untuk menyelamatkan saudara-saudara seagama daripada terus dirundung malang seperti tidak mampu untuk menguasai ilmu-ilmu agama yang semestinya mereka wajib pelajari. Kita cuba sama-sama bertanya pada diri sendiri, mengapa masih tidak mampu untuk bercakap pada perkara atau urusan agama? Sedangkan kita sudah lama menjadi orang Islam, sedangkan pada masa yang sama saudara-saudara baru kita bersungguh-sungguh menarik orang lain kepada Islam, mereka mempersiapkan diri dengan informasi agama dalam pelbagai pendekatan, sedangkan kita yang sudah bergelar saudara lamapun masih di takuk lama, tidak mahu berubah, kita kata mahu masuk syurga, belajar pun tak mahu, menguasai ilmu agama pun tidak mahu, apatah lagi untuk menyampaikan maklumat Islam kepada orang lain, apakah kita rasa kita sudah berbakti kepada agama?. Apa yang dapat kita saksikan menerusi program-program di kaca TV, ramai orang Islam petah bercakap mengenai filem, drama, hiburan, sukan tetapi pada masa sama idak berapa petah atau fasih tentang Islam, rasa janggal dan kekok untuk memperkatakannya, bila bercakap tidak mampu untuk berlapik dengan ayat-ayat al-Quran walaupun satu ayat daripadanya, begitu juga dengan hadis-hadis Nabi s.a.w. Sedangkan kita bukan sehari dua menganut Islam, sudah mencecah puluhan tahun dan diberi banyak peluang untuk menguasainya, tetapi tidak mahu melakukannya. Nabi s.a.w. menyarankan kepada kita apa yang termampu kita sampaikan, kalau tahu satu informasi, sampaikanlah juga kepada orang lain agar mereka juga dapat diingatkan dengan keindahan Islam, kalau tahu dua sampaikan dua, begitulah seterusnya, apa yang menduka-citakan banyak pihak di kalangan orang awam, membiarkan maksiat terus berleluasa tanpa dicegah dan tidak juga menyuruh kepada perkara yang baik-baik yang dijanjikan dengan pahala yang besar daripada Allah SWT, akhirnya umat terus hanyut dalam lautan kegelapan dan merasakan tindakan yang mereka selama ini betul belaka. Hadis di atas juga mengingatkan kepada kita bahawa tidak menjadi masalah dalam agama Islam jika kita menceritakan perkara-perkara jahat yang dicetuskan oleh orang-orang Yahudi yang sering merancang untuk melakukan kerosakan dalam alam maya ini, sama ada kerosakan dari sudut akhlak manusia atau dalam sistem ekonomi agar manusia tenggelam dalam kancah yang dihina oleh Allah SWT. Bani Israel (Yahudi) merupakan makhlak perosak yang mencipta segenap perancangan jahat untuk memusnahkan bangsa manusia seluruhnya, perkara ini telah dibonkar oleh al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam hingga hari kiamat, siapa yang berjaya menguasainya pasti akan selamat sebaliknya siapa yang mendustakannya pasti tidak akan selamat di akhirat. Seperkara lagi yang diingatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis berkenaan, larangan kepada umat Islam dari melakukan tindakan berani dengan membohongi ajaran baginda, menedustai Nabi bermaksud, kita bercakap dan menyandarkan kata-kata itu kepada Rasulullah, sedangkan apa yang kita cakap tidak pernah dinyatakan oleh baginda, begitulah tindakan sebaliknya, menafikan sunnah baginda juga boleh dianggap sebagai tindakan membohongi baginda s.a.w. Akibatnya seseorang itu layak dimasukkan dalam api neraka dengan bangkunya yang disediakan daripada api neraka juga.-Ustaz Zainudin Hashim |
salam perubahan
MENAGIH KEBERKATAN DALAM MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN KESYUKURAN
Musim cuti sekolah hampir tiba, ramai di kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian, sama ada majlis kesyukuran sempena pemergian ke tanah suci Mekah kerana menunaikan fardu haji, majlis kesyukuran kerana anak lulus periksa, majlis kerana meraikan kejayaan dalam kerjaya, tidak kurang juga majlis walimatul urus.
Tetapi sedarkah kita bahawa majlis yang dianjurkan itu benar-benar menepati inspirasi tuntutan ajaran Islam, dengan lain perkataan apakah majlis yang dianjurkan itu menitik-beratkan persoalan pantang larang agama, iaitu tidak terdapat upacara bersalaman antara jemputan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, memakai hijab (tudung kepala) mengikut kehendak hukum Syara, tidak berlaku percampuran antara para jemputan lelaki dan perempuan secara bebas dan lain-lain.
Semua pantang larang itu dipelihara bagi menjamin keberkatan danrestu Allah SWT agar setiap majlis yang dianjurkan itu benar-benar meraih sumber pahala yang banyak dan berkekalan sampai hari kiamat.
Namun sikap kebanyakan orang Islam hari ini terhadap agama mereka sendiri berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain, ini kerana ada yang benar-benar belajar ilmu-ilmu fardu ain di masjid-masjid atau di surau-surau, walau pun mereka ketahui bahawa ilmu agama yang dipelajari setakat SPM adalah tidak mencukupi bagi meniti kehidupan masa depan.
Mereka adalah golongan yang sering bersama dengan mereka yang arif tentang selok-belok agama seperti para ustaz, pensyarah, tuan guru, tok kiyai dan lain-lain bagi menanyakan sesuatu yang tidak diketahui atau pun mendapatkan khidmat nasihat berguna bagi melakukan sesuatu perkara itu agar menepati acuan agama Islam.
Seperti mengadakan majlis kenduri walimatul urus, agar ia berjalan mengikut kehendak Islam, maka pandangan para ulama dan yang berpengetahuan agama perlu diambil kira, kerana dalam konsep pelaksanaannya pada hari ini berlaku kekeliruan antara yang dibenarkan oleh Islam dan yang bercanggah dengannya.
Bagi yang tidak mengambil peduli urusan agama dalam segenap agenda hidup mereka, apabila mengadakan majlis walimatul urus untuk anak-anak mereka, dianggap sebagai raja sehari, justeru mereka mencampur-adukkan unsur-unsur syirik yang menyebabkan penganjuran majlis walimah tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Bersanding dan persoalan lain yang tidak mendapat keberkatan Allah
Antara perkara yang dilakukan jelas bertentangan dengan ajaran Islam ialah majlis persandingan, ia merupakan cetusan daripada ajaran agama Hindu yang masih berkekalan dalam adat istiadat Melayu sampai ke hari ini, menurut De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada kena mengena dengan ajaran agama Islam yang suci.
Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang. Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
Ia tetap perlu dilakukan walau hanya dengan seekor kambing sahaja, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada umum bahawa anak seseorang itu telah pun berkahwin bagi mengelak sebarang yang mungkin akan timbul pada masa akan datang, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud: “Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.” (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), “Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33).
e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: “Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya.” (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).
f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara
.Bagi yang masih jahil dan bersungguh-sungguh ingin meneruskan ajaran Hindu ini, kita hendaklah terus menerus menjelaskan dengan hikmah. Walimatul urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan dengan sebaik-baiknya mengikut anjuran agama.
.Apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.
Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan.
Alangkah sayangnya, jika majlis walimatul urus yang dirancang bukan sehari dua, malah berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun-tahun, dengan para besan mengeluarkan wang yang bukan kecil jumlahnya, terpaksa meredah tol dan lebuh raya bertujuan untuk menjemput sanak-saudara agar memeriahkan majlis berkenaan, tetapi ianya dianggap tidak mendapat pahala di sisi Allah SWT, kerana penganjurannya disleit dengan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.
-FaiLurE is ThE BegiNninG oF the GrowTh NoT thE bEginNing Of tHe End-
KENALI PROFESIONAL ISLAM
AL-JAHIZ : AHLI ZOOLOGI ISLAM PERTAMA
DALAM setiap generasi dan di setiap negara, terdapat beberapa individu yang mempunyai azam untuk belajar dan bekerja dalam bidang berkaitan alam semula jadi. Jika mereka tidak wujud maka dunia pastinya akan musnah.
Antara individu tersebut termasuklah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri yang lebih dikenali sebagai al-Jahiz.
Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of Animals. Beliau lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdaddiasaskan oleh Abbasid Caliph al-Mansur.
Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan menceritakan bagaimana ibunya memberinya ‘sedulang’ kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas-kertas itu boleh menyara hidupnya kelak.
Akhirnya, Al-Jahiz memulakan kariernya sebagai penulis dan antara tulisannya yang paling tersohor ialah Book of Animals. Beliau menerima 5,000 dinar emas dari pegawai yang menerima buku Book of Animals.
Al-Jahiz telah menulis lebih 200 naskhah buku tetapi hanya 30 naskhah dapat diselamatkan. Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi, retorika dan kamus.
Beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang menulis mengenai saintifik dan subjek yang kompleks untuk orang kebanyakan.
Hasil kerja Al-Jahiz yang terpenting ialah Book of Animals iaitu Kitab al-Hayawan yang mana sungguhpun tidak lengkap, ia mengandungi tujuh jilid yang edisinya dicetak.
Ia mengandungi maklumat saintifik yang penting dan jangkaan konsep nombor yang hanya dibangunkan sepenuhnya sehingga separuh kurun ke-20.
Dalam buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang ditumpanginya.
Beliau juga menulis panjang lebar mengenai pengaruh cuaca dan diet manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi dan kawasan yang berbeza.
Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies haiwan.
Selain itu, beliau menyediakan turutan yang lengkap mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya.
Antaranya bagaimana serangga menyimpan biji-bijian di dalam sarang yang tidak rosak pada musim hujan.
Beliau juga tahu sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan telah menggunakan maklumat ini untuk mencadangkan satu kaedah memerangkap nyamuk dan lalat.
Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.
Dalam beberapa muka suratbuku itu, beliau turut menggambarkan konsep sains yang biasanya berlainan dengan konsep yang dinyatakan oleh Charles Darwin.
Konsep Al-Jahiz adalah sesuatu yang baru dalam sejarah sains dan sungguhpun ahli falsafah Greek seperti Empedocles dan Aristotle membicarakan perubahan dalam tumbuhan dan haiwan, mereka tidak melakukan langkah pertama untuk memperkembangkan teori itu secara komprehensif.
Bagi mereka, perubahan itu hanya satu konsep yang ringkas dan pergerakannya pula tidak memberi makna apa-apa.
Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals (kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh al-Jahiz) kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library di Milan, Itali.
Koleksi itu (salinan daripada naskhah asal) bertarikh kurun ke-14 dimiliki oleh pemilik terakhir, Abd al-Rahman al-Maghribi, tahun 1615.
Lembaran daripada buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi dalam bentuk kecil.
Al-Jahiz kembali ke Basraselepas menghabiskan masa lebih 50 tahun di Baghdad. Beliau meninggal dunia di Basrapada tahun 868 akibat kemalangan ditimpa rak buku di perpustakaannya.
Hukum Menyambut Depavaali

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu ‘Banner’ yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.
Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang ‘super’ meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.
Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:
Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.
Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.
[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]
penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.
[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]
Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :
Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)
dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama ‘wish’ dan mengucap selamat terhadap perayaan golongan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”(al-Isra’, 17: 36)
Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.
BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM
Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?
Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.
Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.
FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka”.
(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba’ wa an.Nahy ‘an al-Ibtida’, hlm. 150.)
Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),
Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:
“Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 8:32:00 AM
Selamat berjuang sahabat semua!
Syabab Group mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua teman-teman seperjuangan sekalian terutamanya kepada calon STAM, SPM, SMU dan di peringkat matrikulasi. Tidak dilupakan juga kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang akan menjalani peperiksaan akhir semester ini di semua IPTA dan IPTS mahupun jua teman-teman yang berada diluar negara. Semoga kejayaan bersama-sama dengan orang-orang yang memperjuangkan kebanaran..
Terapi Solat
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
![]() |
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak. |
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
![]() |
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. |
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
( petikan Berita Harian, 20 Oktober 2008 )
suara utara….
Salamun ‘alaikum ya asdiqa’i…
Umat Islam di akhir zaman ini ditimpa dengan pelbagai krisis dan masalah terutamanya di kalangan remaja..
sebuah cerita ingin dikongsi bersama,baru2 ini sebuah tokong ingin menukar patung berhala mereka..lalu diadakan perarakan untUk meraikan patung baru tersebut dengan diiringi pasukan pancaragam…dalam pasukan tersbut,terdapat beberapa pelajar melayu Islam yang sama2 mengiringi perarakan patung tersebut…Astaghfirullahal’azim….
bila disiasat,mereka diarahkan oleh pengetua mereka walaupun sebelum itu tidak disetujui..bila nak dihantar memorandum kpd pihak sekolah,pengetua mengelak dan tidak mahu berjumpa..dan didapati pengetua ini memang bermasalah,tetapi dipertahankan oleh orang kuat dalam politik….
Inilah krisis aqidah yang wujud dalam kalangan masyarakat,berpunca dari orang yang brkuasa yg tidak faham tentang Islam,kemudian merosakkan lagi orang2 di bawahnya dan kpd orang muda…
Manusia sudah tidak dapat membezakan antara budaya dan perayaan agama lain sehingga boleh meraikan berhala2 orang kafir..sedangkan Rasulullah S.A.W pernah menyebut,,,Redha dengan kufur,maka kufurlah ia…
Jika aqidah pun bermasalah,maka sebab itulah timbul krisis ibadah,akhlaq dan sebagainya dalam masyarakat Islam sekarang…berapa ramai umat Islam yang tak cukup solat fardhu,ponteng puasa,tidak membayar zakat dan banyak lagi…akhlaq menjadi punah dengan pelbagai masalah sosial,pergaulan bebas,arak,berhibur,berzina dan sebagainya….
Ya ALLAH,jauhkanlah kami dri menjadi hamba-Mu yang derhaka kepada-Mu…
Ayuhlah sahabat,sama2 kita muhasabah diri kita semua..
Baiki diri kita dan orang di sekeliling kita supaya terjaga iman dan amal pada Allah…
Jalankan kerja da’wah walau di mana berada dan walau apa carapun…moga Allah merahmati dam memberkati kita semua…
Salam perjuangan…….
#sila tegur jika ada kesilapan dalam tulisan ini#
Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam
Kewujudan musuh Islam di muka bumi ini bukanlah satu perkara baru. Ia telah bertapak dan berakar umbi sejak ratusan ribu tahun lalu sejak iblis dan syaitan mengisytiharkan penentangan mereka secara terbuka terhadap makhluk bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s. walaupun ia adalah perintah daripada Allah yang mesti ditunaikan.
Namun keengganan makhluk perosak itu untuk tunduk kepada Adam walaupun ia perintah Allah SWT telah tercatat dalam buku sejarah sebagai permulaan episod siri penentangan dan pertembungan antara hak dan batil di muka bumi ini. Apabila dunia semakin bertamadun, canggih dalam penemuan ilmu Sains dan Teknologi, bentuk penentangan juga menerima perubahan yang ketara. Ia tidak serupa penentangan yang pernah ditunjukkan oleh iblis ketika menentang Allah, tetapi bentuknya semakin berubah dari semasa ke semasa, yang penting penentangan itu dibuat bagi memastikan agar kekuatan Islam terhalang. Penentangan dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa bukannya mereka (musuh-musuh Islam) tidak tahu bahawa Islam merupakan agama yang memelopori Sains dan Teknologi, akan tetapi kerana terdapat penyakit dalam hati yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dalam segenap keperluan hidup manusia. Sikap menentang dan benci yang meluap-luap terhadap Islam sudah berakar umbi dalam hati sanubari manusia dan tidak mahu melakukan perubahan diri menerima bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT. Mereka sedar untuk mengurangkan jumlah tentera Islam dalam satu-satu peperangan bukanlah semudah yang disangka. Justeru mereka beralih bentuk dan pendekatan untuk memerangi umat Islam, mereka mencipta pelbagai bahan rekaan permainan (game) yang boleh melekakan golongan remaja terutama yang beragama Islam, menaja pelbagai bentuk sukan yang boleh dilibat oleh remaja muslim walaupun tajaan itu daripada syarikat pengeluar minuman keras. Musuh cari peluang rosakkan al-Azhar, al-Quran, Hari Jumaat dan Masjid al-Haram Perkara di atas pernah disebut oleh seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya ‘Maza ‘An as-Sohwat al-Islamiyyah fi ‘Asr al-Hadis’, di mana beliau ada menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan keempat-empat perkara di atas perlu dirosakkan dengan apa cara sekalipun. Beliau mendedahkan bahawa musuh Islam menyatakan kesungguhan mereka untuk menghancurkan keempat-empat aspek di atas, bagi mereka jika keempat-empat aspek tersebut berjaya dilakukan, maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing. Dr Abdullah beranggapan bahawa jika Universiti al-Azhar berjaya dirobohkan institusi pembelajarannya, pasti tidak akan wujud lagi sarjana, cendekiawan Muslim seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Siba’ie dan Dr Abdul Halim Mahmud yang memiliki kekentalan jati diri, kefahaman Islam yang mendalam yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam. Ini kerana universiti berkenaan menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam, ada di antara mereka menjadi tokoh-tokoh negarawan yang berjaya seperti Presiden Maldives, Dr Abdul Qaiyum yang merupakan lulusan al-Azhar. Tidak kurang juga yang menjadi tokoh-tokoh hebat dalam gerakan Islam seperti Syeikh Saiyid Sabiq dan Syeikh Muhammad al-Ghazali. Ringkasnya al-Azhar bagi mereka perlu dirobohkan, kalau tidak pun rosakkan sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti juga perlu dirosakkan, itulah yang telah mereka jalankan selama beberapa tahun. Al-Quran Al-Quran sebagai kitab panduan dan petunjuk kepada umat Islam seluruh dunia perlu dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim. Ini mereka telah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lan puluhan dahulu. Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam. Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT. Hari Jumaat – Kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan muslim tidak mendapatkan sesuatu daripada penyampaian khutbah pada hari itu. Masjid al-Haram – Rumah Allah ini juga menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh khususnya ketika menjalani ibadat haji, usaha perlu dilakukan bagi merobohkan masjid berkenaan agar umat Islam terus berpecah dan tidak lagi bersatu padu.-dipetik dr ust.Zainuddin Hasyim |
|
|
|
|
|
|
Selamat hari lebaran kepada semua ahli syabab group dan kepada semua pelayar blog ini. Semoga kedatangan 1 syawal ini dapat mengingatkan kita kembali ke alam fitrah selepas sebulan kita menjalani program dalam madrasah ramadhan yang lalu. Maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri