Lompat ke isi kandungan

Diskusi

Slot ini adalah untuk sembang-sembang ilmiah kapada semua pelayar blog ini. Sila nyatakan sebarang komen, masalah, ataupun pandangan tentang isu-isu yang boleh mencambahkan pengetahuan kita semua.

4 Komen leave one →
  1. adib permalink
    Oktober 7, 2008 2:55 pm

    alhamdullilah,diatas kurniaan Allah yg memberi kesempatan pd pertama kalinya untk sama2 kita berkongsi pendapat dan sedikit ilmu yg ana perolehi..hari ini,usia syabab group sudah melebihi 2 tahun semenjak penubuhannya,& kita sama2 menyaksikan perkembangan usrah ini yg pd pendapat ana sudah & dalam proses evolusi selaras dengan perkembangan pemikiran masing2,alhamdullilah.PRU sudah pn berlalu,namun begitu dunia politik semasa negara masih belum tenang,bahkan semakin bergolak.sebagai pemuda yg begitu mengagumi perjuangan baginda,ana memandang sistem demokrasi tinggalan penjajah ini sebagai sebagai satu sistem yang mustahil akan menyatukan umat islam,ttp akan membatu apikan lagi perpecahan yg sedia ada.bukan niat utk menghentam mana2 pihak,cuma menjadi impian ana utk melihat sebuah negara malaysia yg mempunyai sistem mirip kpd negara madinah pimpinan baginda,insyaallah sama2 kita doakan.utk mencapai matlamat negara yg dimakmurkan Allah dengan Islam,kita memerlukan para daie yg ikhlas,yg mendapat bimbingan Allah.hari ini kita tidak pernah mendengar sebuah negara non muslim bertukar menjadi negara muslim,sebagaimana yg berlaku pd sejarah2 lampau..dimana tugas kita sebagai daie ketika ini?setiap kali PRU kita blh menyaksikan aksi2 mereka yg melaungkan slogan Islam,tetapi tidak mempamerkan akhlak Islam yg tawadhuk,sabar,redha & berkasih sayang,mengapa kita tidak mendoakan musuh2 kita memperoleh hidayah Allah,sebagaimana baginda mendoakan kaum yg beramai2 melontar batu kearah tubuh baginda yg berkat itu..renung2kan.walau bagaimana buruk pun jemaah Islam,sekiranya hanya jemaah itu yg blh diharap utk membela islam,wajar kita menyokongnya.& bagaimana betul pun sesebuah jemaah Islam,sekiranya ada sekelumit kesalahan,wajar kita perbetulkan,walau kita menongkah arus.

  2. Oktober 12, 2008 12:59 am

    assalamualaikum warahmatullah,
    saya amat berminat dengan seruan dan usaha syababgroup ini. diharap dengan usaha pertukaran link, dakwah syabab dapat diperluaskan lagi kepada pelayar2 blog tempatan. saya juga ingin mencari peluang untuk bekerjasama dengan syabab dalam bidang perniagaan. adakah syabab berminat untuk trading dalam bidang pertanian? barangkali syabab mempunyai peluang dan jaringan yang baik untuk memulakan perniagaan dalam bidang trading dan pertanian.

  3. insan daif permalink
    Oktober 17, 2008 3:07 am

    ASSALAMMUALAIKUM…AKU DAPAT EMAIL DARI KAWAN …SO KITA SHARING..

    semalam saya menemani sepupu saya berkunjung ke rumah tuan guru beliau di Banting, Selangor.
    sepupu saya ni seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran) yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

    kami pergi bertiga, bersama rakan sepupu saya, Mohd Nazir yang juga seorang hafiz.
    lepas solat fardhu zohor di masjid At-Taqwa Banting, kami pun berangkat ke rumah tuan guru.
    tuan guru tersebut bernama Ustaz Misnan, beliau merupakan pengetua Markas Tahfiz Selangor.

    kebetulan rakan sepupu saya memakai kopiah yang ada bonjol dia atasnya (orang panggil kopiah tu kopiah raihan)..
    sesampainya di rumah beliau,ustaz misnan bertanya kepada nazir…’di Mesir takde orang tegur kamu pakai kopiah tu?’
    nazir menjawab..’takde ustaz..kenapa? ‘
    ‘kopiah tu dah jatuh najis..tak boleh di pakai buat solat…’
    kami bertiga terkejut dengan kenyataan ustaz misnan..kami bertanya kenapa boleh sampai jatuh najis pulak..?
    ustaz misnan menjelaskan ilmu fiqh berkaitan perkara tersebut..

    ustaz misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu kambing yang diimport dari Australia .
    semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing tu..just shave je bulu kambing tu hidup2..
    mengikut hukum fiqh, bulu binatang yang belum disembelih jika tertanggal dari badan binatang tersebut, dianggap sebagai bangkai..
    kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat..
    ustaz misnan juga memiliki kopiah jenis itu..lalu dia buat demo dengan membakar kopiahnya dengan lighter..mmg bau rambut terbakar..sahlah itu memang bulu kambing..

    maka dengan itu, bukan setakat bulu kambing,kalau ada bulu kucing atau burung yang melekat pada pakaian, hendak lah dibersihkan bebelum bersolat.
    tidak perlu dibasuh pakaian itu..cukup sekadar menyingkirkan bulu binatang itu dari melekat pada pakaian,itu saja..tak susah.

    mungkin ramai yang tahu tentang ini..sekadar berkongsi.
    apa pandangan rakan-rakan semua tentang hal nie?

  4. Oktober 26, 2008 1:33 am

    Assalamualaikum semua..

    Akh Syazwan tuan punya blog minta ana bg pandangan sket masalah ni.

    Kalau benar kopiah raihan diperbuat drpd bulu kambing yang tidak disembelih maka hukumnya najis sprti kata Ustaz tu.

    Kerana mengikut hukum fiqh bulu haiwan yg halal dimakan tetapi tidak disembelih maka hukumnya bangkai. bangkai ni haram kita makan. hukumnya najis. bulunya dan kulitnya jugak dikira sbg najis. bila najis boleh ke kita buat sembahyang??jawabnya tak boleh kerana syarat sah sembahyang tu mesti suci tubuh, pakaian dan tempat solat daripada segala jenis najis.

    masalah bulu kucing najis sebab kucing tak boleh di makan.adapun jika sikit maka wajib kita buang namun jika terlalu banyak maka jatuh kepada ummul balwa. di maafkan..

    Di nasihatkan supaya kita kaji betul ke kopiah raihan tu diperbuat drpd bulu kambing? ana pun pakai. kopiah raihan versi mesir dan malaysia. setahu ana kalau di mesir ia diperbuat dari kain mcm karpet dan dalamnya dimasukkan kertas keras atau mcm tikar mengkuang sebab ana tempah dari kilang dia dan ana melihat sndr proses pembuatannya. tetapi sbg langkah berhati2 kita kena buat kajian secara terperinci.

    Setakat ana berada di mesir ana tdk pernah dengar. bahkan kebanyakan ulama’2 azhar menempah dari sini. tidak pernah kedengaran fatwa yg mengatakan najis. bahkan imam2 di masjid2 di mesir pun memakai ketika solat.termasuk mufti mesir sndr iaitu Syeikhuna Dr Ali Juma’ah hafizahullahu..

    Wallahu A3laam Bissowab..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: