Lompat ke isi kandungan

Suratan buat pejuang ‘Melayu’

September 16, 2008
by

Wahai UMNO… Menurut ajaran agama, orang Islam yang tergilakan dunia akan menjadi semakin lemah dan tewas. Ini sudah terbukti. Baguslah kalau UMNO berusaha membaiki diri dan bersedia untuk kuat kembali. Tetapi UMNO  tidak mungkin boleh naik lagi. Tidak mungkin. Jangan kamu kira ‘tangan’ yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi.

Sudah sunnatullah, siapa di kalangan orang Islam yang membelakangkan agamaNya, maka jatuhlah ia. Maka akan hancurlah kamu wahai UMNO oleh tangan-tangan yang telah membangunkannya. Sepertilah runtuhnya tembok pemisah Berlin yang diruntuhkan oleh pembinanya sendiri. Memanglah begitu sudahnya nasib semua yang diciptakan. Hanyasanya kuasa Tuhan yang kekal abadi.

UMNO, kamu pernah mendabik dada mengatakan kamu membela rakyat, tetapi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat, kamu tidak mampu menanganinya. Menderita rakyat akan bahana semakin kecilnya nilai wang, dan survival hidup yang makin mendesak.

UMNO, kamu sebagai peneraju dan pemangkin kemajuan agama Islam tidak bersikap yang sepatutnya.  Apalah yang dihairankan, kamu sendiri gagal mendidik orang2 kamu , inikan pula nak mendidik rakyat?! Tiada yang indah agama Islam itu di mata rakyat, jika dilihat dari pembawaan orang2 kamu dan isteri2 kamu, pada segala harta yang kamu pamerkan kepada rakyat.

UMNO, bagaimana layanan kamu terhadap rakyat bukan Islam dan kaum pendatang dari negara asing?  Mereka yang mahu sama2 hidup bersama kamu itu bukanlah  orang2 yang jahat,  bukannya kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi yang menerima kerajaan yang dipimpin orang Islam. Penentangan kalau pun ada bukan dari rasa pemusuhan, cuma rasa tidak puas hati dan tidak meyakini serta tidak faham dengan setengah hal yang kamu lakukan atas nama Islam.

Mengapa kamu berkeras dengan mereka?  Di manakah keindahan Islam yang sepatutnya diteladani dari junjungan mulia?  Sungguh nama Islam JATUH di tangan kamu!!

Terhadap kafir Zimmi ( bukan Islam yang tidak menentang ) Nabi kita memerintahkan agar kita membela mereka. Bukannya diajak bertengkar atau bergaduh. Rendahkanlah egomu.  Islam mengajar kita melayan apa juga bangsa dengan segala kasih sayang serta budi yang halus dan baik.

UMNO.. Bukankah kamu masih berharap kepada rakyat untuk menyokongmu ? Walhal kamu amat sedar bahawa kamu sudah terlalu mengecewakan rakyat. Cintamu yang berlebihan kepada dunia hingga kamu meremehkan Tuhan dan akhirat adalah sebab utama mengapa kamu gagal menyelamatkan rakyat.

Konon kamu mencari Al Ghazali, As Shafie  untuk Negara mu, walhal mujadid Tuhan di depan mata kamu tidak pedulikan. Masakan kamu tidak mampu melihat kebenaran yang dibawanya? Ya, kamu melihat kebenarannya tetapi kamu buat2 tak tahu atas sebab cinta dunia kamu yang sangat menebal. Kamu tidak akan dapat  lari ke mana, wahai UMNO..

Apa kamu rasa Tuhan tidak campur tangan dalam pilihanraya 2008? Kuasa apakah yang mendetik-detik dalam hati rakyat untuk menolak kamu?  Penolakan terhadapmu bererti penolakan terhadap semua rakan2mu. Apakah rakyat merasakan parti pembangkang adalah terlebih baik dari kamu?  Tidak juga. Mengapa gelombang yang sebegitu dahsyat ini sungguh mengejutkan hingga yang mencapai kemenangan pun tidak menyangkanya? Inilah penangan kuasa yang paling Agung yang menggenggam hati2 manusia. Yang menentukan hidup matinya manusia!

Advertisement
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: