Kenapa benci ISLAM?
salam kotaraya,
Saya tertarik dengan isu penangkapan ahli parlimen Seputeh dibawah akta zalim ‘ISA’ bermula semalam. Beliau ditahan dirumahnya pada jam 8.30 malam tadi. Penahanan beliau dikaitkan dengan isu yang menyebabkan kemarahan umat Islam khususnya. Walaupun kenyataan dan tindakannya menyebabkan kemarahan umat Islam, tetapi penggunaan ISA bukan suatu jalan yang tepat digunalkan kerana ISA nerpakan akta yang hanya melindungi sesebuah parti politik dan bukannya untuk kepentingan negara.
Apapun saya tak berminat untuk membicarakan isu ISA buat masa ini. Tetapi apa yang nak dirungkaikan ialah tindakan MP Seputeh yang boleh dianggap biadap terhadap maruah umat islam apabila beliau melarang mengumandangkan azan menggunakan pembesar suara kepada masjid dan surau di kawasan Kota Damansara, Puchong Jaya dan Sri Serdang. Selain daripada itu, tindakan yang dianggap bodoh juga ialah dengan menukar papan tanda bertulisan jawi kepada tulisan cina dan india. Apa maksud disebalik tindakan ini? Inikah yang diharapkan akan memipin negara selapas ini?
Kita baru sahaja berasa tenang dan senang dengan beberapa pimpinan DAP yang menonjolkan tindakan yang banyak menyokong kearah perpaduan kaum dan juga kepada pembentukan negara islam seperti yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pingang, Lim Guang Eng. Namun yang demikian, tindakan yang dibuat oleh MP Seputeh itu boleh menimbulkan amarah dikalangan umat islam yang boleh memberi impak yang negatif kepada negara. Kepana beliau tidak mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru sahaja meluluskan peruntukan bagi pembinaan Sekoleh Agama Rakyat di negeri berkenaan. MP Seputeh sepatutnya lebih rasional dalam membuat tindakan kerana beliau perlu fikirkan bahawasanya rakyat Malaysia merupakan masyarakat majmuk dan yang paling penting ialah majorotinya umat Islam.
Apa yang sepatutnya ialah beliau perlu meminta maaf kepada semua umat Islam agar isu ini tidak dipolitikkan oleh pihak tertentu supaya tidak menjadi lebih serius ataupun lebih baik letak jawatan je. Orang seperti ini tidak layak menjadi pemimpin, walhal menjadi rakyat pun boleh menimbulkan rasa tidak tenteranam kepada umat Islam. Saranan kami(syabab group) ialah letak jawatan dan jangan memainkan isu sensitif sebegini lagi….
e_wan8989