dari utara…
September 10, 2008
SEPULUH WASIAT..
- Apabila mendengar azan,segeralah mendirikan solat walau keadaan apa sekali pun..
- bacalah Al-Quran,tatapilah buku2,pergilah mendengar perkara2 yang baik,amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
- Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab fushah,kerana ia adalah salah satu syiar Islam..
- Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan..
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu sentiasa tenang dan tenteram..
- Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara..
- Janganlah bercakap lebih nyaring dari daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah respon yang sia2 dan boleh menyakiti hati orang..
- Jauhilah dari mengumpat dan mengecam orang,dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang boleh memberi kebajikan..
- Berkenalanlah dengan setiap ikhwan muslimin yang dijumpai walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan,,
- Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada.oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah,dan jika anda mempunyai tugas sendiri,ringkaskanlah pelaksanaannya..
sebagai peringatan kita bersama sahabatku,moga universiti Ramadaan ini memberikan kita ijazah ketaqwaan sebagai bekal dalam perjalanan hidup di dunia sementara ini…
Uhibbukum LILLAH…
No comments yet