Lompat ke isi kandungan

Jambangan ingatan dari KUIS

Ogos 13, 2008

nabi S.A.W bersabda,

“sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak dari meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga , dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama….”

ingatan kepada sahabat-sahabat bukanlah diukur dari kerapnya bertanya khabar, kerapnya menghantar sms, kerapnya melihat potret-potret yang menggamit seribu kenangan, kerapnya terlintas di lubuk fikiran dalam kerja seharian, tetapi ingatan yang sebenar ialah sekerap mana nama sahabat itu meniti di bibir takala dipanjatkan doa seorang hamba kepada tuhan pencipta sekalian makhluk, tuhan yang menciptakan pertemuan, tuhan yang menciptakan kuntuman ukhwah, tuhan yang menciptakan perpisahan, juga tuhan yang menciptakan segala yang dilangit dan dibumi sehingga yang terbatas untukdilihat oleh mata insan yang kerdil lagi hina….

sahabat-sahabat sekalian…..

setiap insan yang bertemu, pasti akan menghadapi saat perpisahan….takala seorang insan mulia bergelar ibu yang sentiasa bersama cahaya kehidupan yang dibawa selama sembilan bulan kandungan, di bawanya ke hulu ke hilir, dibawanya mencari sesuap rezeki, dibawanya dalam menjalankan kewajipan seorang hamba kepada penciptanya jua akan menempuh saat perpisahan ketika insan yang dipeliharanya dengan didikan sejak kecil lalu melepaskan anak itu dengan seribu harapan serta penantian ketika anak itu meneruskan kewajipan menuntut ilmu dimperingkat yang lebih tinggi disamping niat semata-mata hanya kerana Allah tanpa mengira di ceruk manapun bumi dipijak, ditempat pengajian yang telah ditentukan oleh Allah….

cabaran dan dugaan pastinya tidak jemu-jemu mendampingi orang-orang yang sentiasa berada dijalan yang lurus dalam mencari keredhoan Allah serta keberkatan dalam hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..oleh itu, ingatlah para sahabatku sekalian serta diri yang menulis ini, kehidupan kita sebagai penuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi ini terlalu banyak ujian yang datang samada yang kita sendiri mencarinya dan tidak ketinggalan yang hadir tanpa diundang….

syariat telah menetapkan garis panduan bermula dari celiknya mata kita diketika bangun tidor sehingga kita melelapkan mata kembali…

batas pergaulan antara 2 insan yang berlainan jantina amat perlu kita pelihara…jangan sesekali kita mengenepikan asas ilmu yang talah sama-sama kita pelajari semata-mata menurut kemahuan nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah jalan yang memisahkan kita dari landasan yang sebenar….

sebagai akhirnya,

al-imam ghazali pernah berkata;

“jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, lihatlah kepada generasi mudanya pada hari ini….”

sama-sama kita renungkan dalam matlamat mencapai golongan yang diberi perlindungan di bawah ‘arash Allah…….INSYAALLAH……ALLAHUAKBAR!!!!

Wassalamualaikum……..

Advertisement
One Comment leave one →
  1. syababgroup permalink*
    Ogos 13, 2008 3:23 pm

    kuat termenung tehh.. pikir masa depan kot.. insyaAllah akhi, remaja hari ini yang akan menegakkan islam dan membangunkan negara pada masa akan datang ialah kita.. hiduplah untuk islam… allahuakbar!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: