Lompat ke isi kandungan

Kenangan@syabab

September 6, 2009
by

100_0288

100_0308

100_0319

100_0322

100_0355

1_746021345l

1_368875168l

1_962385394l

Advertisement

Penghakiman bertulis baru siap

Julai 8, 2009

tahniah_ds_nizarSetelah sebulan lebih dan hampir diadakan pembicaraan di Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak pada 9 dan 10 July ini barulah penghakiman bertulis dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Rayuan berkenaan hari ini.

Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali. Menurut laporan tersebut.

Hakim Zainun berkata dalam laporan itu, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.

“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan dalam bacaannya sekitar 4 minit memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei sebelum itu.

Sumber Bernama dengan edit.

sahabat

Julai 8, 2009

sahabat

Kerajaan Baru Perak ‘Haram’- nik aziz

Februari 9, 2009
KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) – Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir (BN – Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.
 
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno ‘menculik’ wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.
 
“Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
 
“Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Petang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.
 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.
 
Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.
 
“Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.
 
“Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit,” ujarnya.
 
Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.
 
Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.
 
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.
 
Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram.

SEDARLAH!!!

Februari 9, 2009
Wahai saudara/i seIslamku skalian.. ketahuilah,,, rejim ZIONIS ISRAEL LAKNATULLAH masih lg meneruskan usaha menghancurkan ISLAM di bumi suci AQSA, yg merupakan kiblat pertama bg Umat Islam!!!! Kita sdh sedia maklum, kezaliman mereka t’hadap ummat Islam spertimana yg tertera di media2 massa hari ini..
P’soalannya, apakah kita hanya mmpu melihat??????? hanya mmpu bersuka ria di negara kita ini????? Bersyukurlah!!! cuba bayangkan, jika Malaysia diserang suatu hari kelak…spertimana GAZA hari ini, mmpukah kita berhadapan dgn keadaan demikian??? jika saudara seislam di negara lain sperti kita hari ini, hnya menonton kezaliman yg dilakukan t’hdp kita..FIKIRKANLAH!!! sy menyeru kpd diri ini & kpd saudara/i skalian, jgnlah kita t’lalu leka dengan nikmat yg dikurniakan ALLAH kpd kita hari ini, marilah sama-sama kita cakna kpd p’kmbgn umat Islam di Palestin hr ini,, sentiasalah menDOAkan kesjahteraan & keselamatan mereka, dan jgn lupa DOAkan KEHANCURAN & KEMUSNAHAN kpd rejim ZIONIS LAKNATULLAH,,, hanya itulah shj jalan JIHAD yg mampu kita lakukan stakat ini.. dan juga jgn lupa! M’BOIKOT produk2 keluaran mereka.. FIKIRLAH,, andainya kita tidak menggunakan produk mereka, kita x kan MATI!!! tp, klu kita mggunakan produk mereka, saudara2 kita di Palestin akan menanggung kesengsaraan.. masih byak lg produk2 yg boleh digunakan.. dan satu lg! hulurkanlah sumbangan wang kita kpd mereka, krn mereka hari ini mmg sgt4 mmerlukan wang.. BERJIHADLAH saudara/i seISLAMKU!! DEMI ISLAM!!! ALLAHUAKBAR!!!

salam perubahan:Hilang keyakinan kepada hukum Allah

Disember 22, 2008

qoran-8

Written by Presiden PAS
Wednesday, 17 December 2008
Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam ialah hilangnya keyakinan kepada hukum Allah SWT.

Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w.

Ini menyebabkan seseorang itu tidak yakin kepada Islam di mana dia mengaku dirinya sebagai seorang Islam.

Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak wasangka kepada ajaran Islam kerana syak wasangka kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh membatalkan iman.
Firman Allah SWT dalam ayat 65 surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”

Di tengah-tengah masyarakat Islam hari ini terkeluar kata-kata dan tulisan-tulisan yang berani mencabar hukum Allah, ada yang berani mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk, hukum ‘hudud’ yang ada dalam al-Quran itu tidak lebih daripada hukum yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab pada zaman dahulu yang dipanjangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.demo_ifc_26w
Mereka yang tidak menyedari bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk menentang hukum-hukum kabilah yang zalim. Mengapa dinyatakan al-Quran itu adalah berpanjangan daripada apa yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab? Ini adalah satu tuduhan jahat terhadap al-Quran al-Karim dan hukum Islam.

Dan apa yang mendukacitakan, umat Islam yang begitu ramai di dalam negera ini tidak terasa apa-apa orang menghina Islam dan mengejek hukum Islam di hadapan mereka. Di manakah kasih mereka terhadap Islam sehingga tidak ada perasaan cemburu sedikit pun di dalam hati mereka terhadap Allah.

Mereka akan melenting sekiranya harta dan kepunyaan mereka daripada harta benda du

nia diganggu-gagat, tetapi merka tidak melenting sekiranya agama mereka dihina dan diperlakukan oleh musuh-musuh Islam.hinaislam5

lihatlah bagaimana Islam dihina..

Inilah jiwa umat Islam hari ini.

Beginilah rendahnya maruah umat islam hari ini. Di manakah letaknya kemanisan iman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tiga perkara yang sesiapa ada padanya, maka dia mempunyai kemanisan iman. Pertama bahawa Allah dan Rasul-Nya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain. Kedua dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga dia benci kalau dicampak di dalam kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka.”hinaislam3

melampau – ayat suci al-quran pada kasut!

Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati merka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum

Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

KASIH DUNIA

Di manakah pergi kasih mereka kepada Allah? Kasih mereka tidak lain kerana dunia. Di manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokakn di dalam hidup mereka.

Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum

Allah di atas muka bumi ini.

Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa’ yang bermaskud : “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum anatar manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Manusia hari ini terlalu suka menjad penolong dan penyokong kepada orang-orang yang khianat kepada hukum Allah. Di manakah kasih mereka kepada Allah dan Rasulullah s.a.w?

Dan Allah menamakan hukum yang lain daripada hukum-Nya adalah jahiliah sebagaimana yang disebut dalam ayat 50 surah al-Maidah yang bermaksud : “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.”

Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, iaitu yakin kepada Islam mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.

Allah juga menamakan hukum yang lain daripada Islam sebagai jahiliyah atau hukum yang menurut hawa nafsu. Dan yakin kepada hukum yang lain bermakna tidak yakin kepada Allah.

Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh. Antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah.

Sementara syaitan pula menjanjikan kemiskinan, kepapaan, kesusahan dan kemunduran kepada siapa yang beramal dengan hukum Allah. Yang mana kamu lebih percaya? Kamu percaya kepada janji Allah atau kepada jamji syaitan? Tepuklah dada kamu dan tanyalah iman yang ada di dalam hati kamu itu. Sekiranya kamu bertanya iman yang sebenar, sudah tentu iman yang sebenar akan meneri hukum Allah.

~ Buku penghujung Kehidupan bab 20, halaman 118-122, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, April 1977. ~

salam perubahan:nasib seorang presiden kuasa besar dunia…

Disember 22, 2008

Gempar juga apabila George W. Bush yang dulunya angkuh dipersada kuasa sebagai Presiden Amerika Syarikat dan tiada siapa yang berani mendongak muka dihadapannya , kini dihina dihadapan ramai apabila ada seorang wartawan melemparkan kasut ke arahnya.

Dilempar dengan kasut adalah satu keadaan yang sungguh hina berbanding batu . Walaupun kesan dilontarkan kasut ini tidaklah sakit berbanding terkena balingan batu , tetapi ia sangat menyakitkan hati dan menjatuhkan air muka . Sungguh memalukan !

Saya hanya boleh kata : Padan muka kau Bush ! Dasar jahat dan zalimnya selama ini hanya meninggalkan tunas dendam kesumat yang sangat mendalam dalam jiwa setiap orang .

Lihatlah bagaimana seorang wartawan yang biasanya sabar dan cool dengan pelbagai situasi demi tugasnya untuk mendapatkan berita dan liputan tiba – tiba bertindak nekad dan orang yang dilontar itu bukan sembarangan manusia . Ia adalah Firaun zaman ini !

Saya jangka tiada orang berani nak sanggah George Bush di atas muka bumi ini , apatah lagi membalingnya dengan kasut terpakai . Nyata jangkaan saya sangat tidak benar . Kini George Bush dihina sedemikian rupa .

Saya ambil kesempatan untuk memperingatkan agar pemimpin negara kita hari ini jangan lupa diri dengan gah kuasa dan pengaruh yang ada pada hai ini sehingga sesuka hati menzalimi orang lain . Tangkap dan sumbat orang ke dalam penjara tanpa bicara , letupkan orang yang tidak berdaya , rasuah dan menggelapkan wang rakyat dengar kadar yang sangat luar biasa banyaknya , kerana : Suatu hari nanti , tidak mustahil kkasutasut buruk itu akan naik ke kepala kalian pula .

Cuma saya sedang menanti , siapa yang akan melontarkannya ?

4 & 5

Disember 4, 2008

4 PERKARA TERSIRAT

 

4 alamat orang cerdik:

 

1. Berani menempuh bahaya

2. Pandai bermanis muka dengan musuh

3. Pandai melihat kesempatan

4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

 

4 alamat orang beriman:

 

1. Meninggalkan maki

2. Menjauhi menyakiti hati orang

3. Lekas memberi ampun

4. Lama baru menjatuhkan hukuman

 

4 tanda orang berakal:

 

1. Cinta pada ilmu

2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji

3. Bagus jawabnya

4. Banyak benarnya

 

4 alamat orang rendah iman:

 

1. Membuka rahsia

2. Pendendam

3. Penggunjing

4. Memburukkan kawan

 

4 yang menimbulkan cinta:

 

1. Muka jernih

2. Sudi menolong

3. Sudi menghindarkan selisih

4. Menjauhi munafik

 

4 soal yang membawa keuntungan hidup:

 

1. Benar perbicaraannya

2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak bermoral

3. Baik budinya

4. Suka berterima kasih

 

4 sempurna dengan 4:

 

1. Ilmu dengan larangan

2. Agama dengan taqwa

3. Amal dengan niat

4. Kemuliaan dengan kelebihan

 

4 mesti dijaga:

 

1. Teguh menjaga kehormatan

2. Redha menerima yg sedikit

3. Berbuat kebaikan setiap hari

4. Memelihara lidah

 

 

4 macam pencarian:

 

1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani

2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang

3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh

4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

 

“REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN”

 

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,

* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,

* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN,

* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI”

Resolusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia

November 25, 2008
 

Lembaga Pemegang Amanah Persatuan Ulama Muslimin Sedunia telah bersidang di ibu negara Qatar, Dauhah, selama dua hari bermula pada hari Selasa 14 Syawal 1429H bersamaan 14 Oktober 2008M, dengan dihadiri oleh ramai ahli lembaga yang pada waktu yang sama telah menghadiri Persidangan Ketujuh Yayasan al-Quds Antarabangsa yang berlangsung di Dauhah juga. Resolusi tersebut banyak menyentuh tentang isu-isu semasa utama umat Islam sedunia, di samping menyentuh secara khusus isu sunnah – syiah yang telah dibangkitkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi pada bulan September yang lepas.

Berikut adalah terjemahan teks resolusi tersebut ke dalam Bahasa Melayu yang telah dibuat oleh Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA):

Resolusi Sidang Pimpinan Pemegang Amanah Persatuan Ulama Muslimin Sedunia
di Dauhah, Qatar, 14-15 Syawwal 1429 bersamaan 14-15 Otkober 2008

الحـمد لله، والصلاة والسلام على نبينا محمد رسول الله، وعلى سائر إخوانه من النبيين والمرسلين، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه إلى يوم الدين، وبعد:

Pimpinan Lembaga Pemegang amanah PUMS, Badan Eksekutif dan Sekretariatnya yang bersidang kini di Dauhah, ibu kota Qatar yang disertai oleh ramai perwakilan ulama umat Islam sedunia dari berbagai aliran dan mazhab merasa terpanggil – dalam era yang penuh mencabar yang dilalui oleh penduduk dunia umumnya dan umat Islam khususnya – dan merasa berkewajipan untuk menampilkan kepada pemerintah dan umat Islam saranan dan rekomendasinya. Lebih–lebih lagi ketika berhadapan dengan berbagai ancaman yang menggugat kedaulatan, kepentingan ,keamanan, kesetabilan Negara dan perpaduan mereka.

Selaras dengan itu PUMS ingin menegaskan perkara berikut:

Pertama: Majlis Pimpinan PUMS setelah mengikuti kenyataan akhbar Sahibul Fadhilah Ulama tersohor Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan penjelasan-penjelasan beliau mengenainya yang tersiar , di samping mengkaji berbagai sanggahan serta kesan dan impak daripada kenyataan tersebut; di mana beliau menjelaskan bahwa kenyataan tersebut adalah lahir dari keinsafan dan dorongan tangongjawab beliau untuk menarik perhatian umat tentang adanya usaha yang dilakukan oleh setengah pehak demi menimbulkan ketegangan hubungan antara mazhab dalam bentuk tindakan menyibarkan secara systematic aliran mazhab yang bukan lumrah di kalangan pengikut mazhab yang umum dan lumrah di sesebuah Negara. Hal mana perbuatan ini akan menimbulkan perpecahan , mencetuskan sengkita dan menggugat ketenteraman dunia Islam. Bahawa Syaikh Yusuf al -Qaradhawi telahpun membangkitkan hal ini dalam beberapa Persidangan Pendekatan Mazhab dan yang terakhir ialah sidang yang diadakan di Dauhah. Rentetan itu setelah bermesyuarat dengan panjang lebar dalam suasana ukhuwwah dan semangat berterus terang maka pimpinan PUMS dengan ini sepakat membuat beberapa ketetapan berikut:

1.           Menegaskan kembali tentang kesepaduan dan kesatuan umat Islam dalam berbagai mazhab mereka. Kesepakatan tentang rujukkan tertinggi ialah al Quran. Bahawa kandungan al Quran itu tertera seluruhnya dalam Mashaf. Bahawa Allah S.W.T. berjanji untuk melindunginya daripada segala usaha penyimpangan dan penambahan atau pengurangan ayatnya. (إنّا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون} (الحجر:9)، (Bermaksud: Bahawa Kamilah yang menurunkan al-Quran ini dan bahawa Kamilah justeru pemeliharanya). Kesepakatan tentang pegangan terhadap sunnah Nabi. Kesepakatan tentang kemestian umat bersatu demi berhadapan dengan ancaman cabaran dalaman dan luaran.

 

2.           PUMS juga menegaskan kembali persepakatan ulama dan pakar rujuk sebelum ini dari kalangan berbagai mazhab Sunni dan Syiah dalam berbagai persidangan ; di mana butiran yang terpentingnya ialah:

a.                 Wajibnya menghormati sahabat Nabi S.A.W., isteri baginda sebagai berstatus ibu bagi kaum mu’minin, keluarga baginda serta mengharamkan tindakan menceroboh dan mencemarkan nama baik mereka. Bahawa fatwa mengenai perkara ini hendaklah disebarluaskan.

b.                 Menamatkan segala usaha terancang dan tersusun, sokongan moral dan kewangan untuk menyibarkan sesuatu mazhab yang tidak tersibar luas dalam kelompak sesuatu mazhab yang sudah tersibar luas di sesebuah negara dan perlunya disikapi dengan hurmat pengikut lumrah mazhab berkenaan atau perlunya sikap saling menghurmati antara pengikut mazhab berkenaan.

c.                  Menegaskan tentang haramnya tindakan menumpahkan darah orang Islam satu sama lain atas sebab perbezaan mazhab atau aliran .

d.                 Wajibnya menghurmati hak aliran mazhab minoriti untuk mengamalkan ajaran mazhab mereka masing-masing dalam ibadah, kaedah penghakiman, fatwa dan lain-lain.

3.           Majlis Pimpinan PUMS menyelar keras tindakan setengah pehak mencemarkan nama baik tokoh tersohor dunia Islam; yang berbahagia Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi; melalui usaha mengelirukan sejarah hidup dan mencemuhkan sumbangan beliau, darjat keilmuan dan perjuangan beliau yang berterusan membela isu isu penting Islam, kesatuan umat, berhadapan dengan cabaran dalam dan luaran, menyokong perjuangan pembebasan Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan lain-lain, di samping seruan ke arah Wasatiah kesederhanaan; di mana beliau adalah tokoh utamanya. Pimpinan PUMS juga menyelar apa jua usaha untuk menjatuhkan nama baik tokoh dan ulama Islam lain di dunia Islam.

 

4.           Pimpinan PUMS mendesak Republik Islam Iranagar memikul taggongjawab syari’ahnya untuk menumpaskan usaha menyalakan api sengkita permusuhan antara mazhab dan mencegah fitnah tersebut. Antaranya ialah mengenakan tindakan disiplin terhadap orang yang bertanggongjawab dalam agensi berita (Muhr) yang menyiarkan beberapa pembohongan dan tuduhan palsu yang tidak berasas dengan sumpah seranah yang bertentang dengan kaedah moral apatahlagi dengan nilai-nilai Islam. Selaras dengan itu pimpinan PUMS juga diberitahu tentang pemecatan penulis celupar berkenaan oleh Pertubuhan Informasi Islam (Iran). Dengan mengambil kira tindakan tersebut dan penghargaan PMUS mengenainya, PMUS juga menuntut agar pehak berkenaan mengajukan permohonan maaf kepada Syaikh Yusuf al Qaradhawi atas kedudukan beliau yang dihurmat ramai.

 

5.           Majlis PUMS telah memutuskan untuk membentuk suatu Panitia Khusus memantau secara terpeinci segala kegiatan dan program berkecenderungan mazhab yang boleh merosakkan perpaduan umat. Panitia ini juga akan berkewajipan menggariskan tindakan praktikal untuk menangani realiti umat demi melindungi dan memperkasa perpaduan umat serta membangun asas pengukuhan yang padu demi mengatasi perselisihan yang boleh diexploitasi oleh musuh untuk menggagalkan usaha pengukuhan perpaduan umat.

 

6.           PMUS sentiasa mengalu-alu dan menggalakan sibaran am yang rasional dan bertanggongjawab. PUMS juga menyeru seluruh khalayak pengamal media agar menepati lunas dan tuntutan Islam, profesinalisme dan etika dalam penyiaran mereka, di samping menjauhi pendekatan sensasi yang boleh mengeruhkan hubungan baik, persefahaman di samping mengundang kekeliruan sesama umat.

Kedua : Isu Palestin

1.           PUMS menegaskan kembali tentang perlunya rakyat Palestin khasnya dan umat Islam amnya menenuaikan tugas mereka untuk membebaskan Palestin dari cengkaman penjajahan Zionist. Kewajipan ini tidak boleh diabaikan oleh setiap pehak yang berkemampuan; baik dari segi wang ringgit, pemikiran mahupun apa sahaja dengan cara yang mungkin. PUMS juga menegaskan tentang kewajipan dan keabsahan usaha menentang segala jenis penaklokan atau penjajahan dan kezaliman.

 

2.           PUMS menyeru seluruh umat dan para pemerintah Muslimin; baik individu mahupun kumpulan agar bangun bertindak melaksanakan tanggongjawab melindungi masjid al-Aqsa al-Mubarak dari ancaman Yahudi dan pehak zionist di persekitaranya yang merancang untuk membelah kesatuan entiti al Aqsa , melakukan penggalian terowong dan membina sebuah biara Yahudi di sisinya. Hal mana tindakan berkenaan bermakna menceroboh hak orang Islam dan Kristien di Bandar Suci al- Quds; di samping mencerobohi ketetapan antarabangsa berkenaan perkara ini. PUMS juga menghargai peranan Yayasan Quds Antarabangsa dan seluruh Badan dan Lembaga yang bergerak untuk melindungi kedudukan sosio-politik al-Quds dan penerusan penentangan umat dan rakyat palestin terhadap perancangan jahat Zionist. Lebih jauh PUMS di samping menyelar tindakan Zionist mengharamkan dan menutup ”Yayasan al-Aqsa Untuk Pemakmuran Tempat Suci Islam” menyeru negara-negara Arab dan Islam agar berkerja keras untuk memulihkan kedudukan dan Keupayaan Yayasan tersebut untuk bergerak semula; memainkan peranan mereka membangun dan memakmurkan tempat suci Islam di sana.

 

3.           PUMS juga menyelar tindakan meneruskan pengepongan atau embargo terhadap rakyat Palestin khasnya penyekatan dan embargo terhadap Ghazzah yang bertujuan menyeksa, mengkebulurkan dan menghina rakyatnya. Embargo ini tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapapun. Bahkan adalah menjadi kewajipan setiap orang yang mampu; malah seluruh negara Arab dan Islam bangun memehak dan menyokong saudara-saudara kita di Ghazzah, menyokong , membantu ketegaran perjuangan mereka, berusaha untuk memecahkan kepongan zalim tersebut dengan apa jua cara yang boleh. PUMS juga mendesak penguasa dan pemerintah Mesir agar segera membuka laluan Rafah demi memenuhi tanggongjawab bangsa, agama dan kemanusiaan.

 

4.           PUMS juga menyeru seluruh lapisan pejuang dan mujahid Palestin agar bersatu. PUMS mengalu-alukan dan menghargai setiap usaha yang dilakukan untuk meraih kedamaian dan pemulihan hubungan sesama rakyat Palestin berdasarkan keabsahan perjuangan mereka menentang penjajah Zionist. PUMS dengan ini menandaskan prinsip tidak boleh mensisa-siakan hak rakyat Palestin untuk mengamalkan hak kedaulatan mereka yang sempurna ke atas tanah air mereka yang bersejarah; khasnya hak pelarian untuk pulang semula ke tanah tumpah darah mereka yang merupakan hak syar’i, hak kemanusiaan; di mana tidak ada sesiapa berhak untuk melepaskannya atau memperjudikan nasibnya. PUMS juga menyeru negara Qatar, Liga Arab dan OIC agar ikut serta dalam agenda ini, memperkasa usaha menjayakannya demi mengembalikan kekompakan dan kesepaduan rakyat palestin.

Ketiga: Isu Krisis Ekonomi Global

PUMS menekuni dengan teliti gejala krisis ekonomi global dan kesannya yang serius terhadap pembangunan dan menambahkan bilangan pengangguran. PUMS merasa perihatin dan perlu ikut serta menampilkan suatu gagasan perspektif ekonomi Islam yang boleh menyumbang ke arah mengatasi gejala krisis ekonomi dunia ini supaya tidak berulang. PUMS beranggapan bahawa sebab utama krisis ini ialah tersingkirnya nilai dan norma akhlak dan agama dalam budaya tadbir urus ekonomi. Sebaliknya perundangan yang berkaitan dengan ekonomi memehak kepada amalan riba dan memenuhi keserakahan manusiawi, menggalakan rasuah dan salahlaku. PUMS merancang untuk mengadakan seminar khas mengkaji isu ini dengan kerjasama OIC dan Bank Pembangunan Islam. Dalam hubungan ini PUMS menyeru Pertubuhan Investor , para usahawan dan dunia Islam amnya agar melabur di rantau umat Islam yang lebih wajar untuk dapat menikmati hasil kekayaan mereka berbanding umat di negara lain.

Keempat: Isu Berkembangnya Gejala Islam Phobia

PUMS menegaskan bahwa fenomena Islam Phobia yang berkembang kini di Amerika dan Eropah adalah hasil daripada tindakan golongan Ekstrimis Kanan (New Conservative) yang tidak kena mengena sama sekali dengan apa jua bentuk asas-asas ajaran Islam atau perlakuan orang Islam. PUMS telah menelusuri dan menghargai setiap tindakan dan kebijaksanaan untuk menepis dan mengikis kesan negatif fanomena ini di Belanda, Britain, Swedendan German diamping menghargai usaha OIC dalam mengawasi gejala ini; termasuk tindakan mereka mengeluarkan laporan bulanan mengenainya di samping menarik perhatian tentang kesan negaif dan positifnya.

Kelima: Isu Sudan

PUMS menegaskan pendiriannya dan pendirian umat Islam untuk menyokong Sudanmenentang konspirasi musuh untuk memecahbelahkan kesatuan entiti negara Sudan, keselamatan dan kedamaian pendudukanya. PUMS menyelar tindakan Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menampilkan Presiden Sudan Omar Basyir ke muka pengadilan dengan tohmahan palsu yang tidak mempunyai bukti kukuh di hadapan mahkamah yang tidakpun berwewenang untuk menghakimi beliau.Malah tindakan itu bercanggah dengan undang-undang asas Mahkamah Antarabangsa itu sendiri.PUMS mengajak seluruh negara Islam agar tampil membela Sudan mengatasi cabaran konspirasi negara asing yang ingin merebut kekayaan Sudan dan memecahbelahkan kesatuan negara berkenaan.

Keenam: Isu Iraq

PUMS menentang keras terhadap berbagai tekanan yang dikenakan kepada rakyat Iraqagar menerima dasar keamanan zalim yang dipaksakan ke atas mereka yang menginjak kedaulatan negara mereka dan mendedahkan kepentingan utama rakyat kepada bencana dan bahaya. Dasar tersebut sebaliknya mengekalkan penjajahan sehingga masa yang tidak ditentukan.

Ketujuh: Isu Pakistan

PUMS mengutuk keras tindakan pengeboman membabi-buta dan berulang-ulang yang dilakukan oleh tentara Amerika dengan mencabuli kedaulatan negara Islam yang merdeka; di samping meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa.

Kelapan: Isu Minoriti

PUMS mengikuti dengan teliti perkembangan nasib minoriti umat Islam di seluruh dunia. Ia menyedari bahawa segolongan mereka terus menerus dianiaya dan di zalimi. Adayang dikurung, ada yang di seksa serta dihina oleh segolongan penguasa. Adapula yang difitnah dan dan hubungkaitkan dengan apa jua peristiwa keganasan yang berlaku dalam negara mereka . PUMS dengan ini menegaskan semula penyelaran dan kutukannya terhadap semua jenis kegiatan keganasan yang mencederakan atau meragut nyawa orang awam; di negara mana pun jua; khasnya yang berlaku di India. PUMS juga mengingatkan agar dihindari perbuatan mengeksploitasi kejadian tersebut untuk menceroboh dan mengganasi hak kaum minoriti Islam atas apa jua alasan. PUMS ingin mengingatkan betapa kejadian tersebut digunapakai oleh golongan penyokong asabiah (chauvinist) tertentu untuk meraih tujuan mereka yang ekstrime dan melampau demi menarik sekongan para pelampau mereka.

PUMS juga menyeru dan mendesak kepada golongan minoriti Islam agar lebih peka, berwaspada dan bijaksana sehingga mereka tidak terjebak melakukan tindakan yang akhirnya boleh merosakkan kedudukan dan kepentingan utama mereka. PUMS menyeru mereka agar lebih berkerjasama, bersatupadu dan menampilkan role model yang baik untuk orng ramai.

PUMS juga mendesak pemerintah di negara negara berkenaan agar mengambil tindakan dan kebijaksaan yang boleh merealisasi keadilan dan kesamarataan .Hal mana perkara ini boleh menjadi pemangkin kepada usaha menghindari conflict perkauman dan asabiah di samping menamatkan amalan provokasi dan permusuhan terhadap kaum minoriti Islam sehingga dapat meratakan keamanan dan kedamaian bagi semua pehak. PUMS juga menganjurkan kepada negara-negara Islam agar menghulurkan bantuan kepada umat Islam di Serbia, Montinegro, Kosova dan seterusnya mengambil anisiatif mengiktiraf kemerdekaan Kosova.

PUMS mengalu-alukan dan menghargai sikap terbuka dan positif oleh beberapa negara Barat terhadap rakyat minoriti Islam dan memungkinkan mereka mengamalkan syiar agama dan ibadah sebagai perlaksanaan terhadap hak keagamaan mereka. Ini memang tuntutan hidup bersama yang boleh membantu asimilasi positif di kalangan umat Islam yang hidup di kalangan masyarakat Barat. PUMS juga menyatakan penghargaan khasnya kepada kerajaan British yang membenarkan tertegaknya Mahkamah Islam yang menyelesaikan kes-kes kekeluargaan orang Islam di sanaberdasarkan tuntutan syariat Islam.

Majlis Pimpinan PUMS juga dengan ini menampilkan rasa ksyukuran dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada negara Qatar. Khasnya kepada para pemimpin dan rakyat Qataratas kesudian mereka menjadi tuan rumah persidangan mulia ini di bumi Allah yang diberkati. PUMS dengan ini berdoa kepada Allah agar Allah menyatupadukan umat Islam atas dasar yang diradhainya dan kami akhiri dengan segala puji-pujian untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Presiden PUMS

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Setiausaha Agung

Dr. Salim al-`Awwa

 

 

Al-Ikhwanul Muslimin

November 25, 2008

Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab

Selepas Perang Dunia Yang Pertama, kumpulan yang berhaluan ke Barat bergerak begitu hebat sekali di Mesir. Kebangkitan nasionalisma di dunia Islam mencapai puncaknya dengan penggulingan sistem Khalifah Islam Othmaniah di Turki oleh Kamal Attarturk. Pergerakan Pembebasan Wanita Mesir menjadi bertambah kuat apabila wanita kelas atasan Mesir memberontak; enggan memakai purdah. Mereka memakai fesyen Eropah, menghadiri temasya sosial yang bercampur bebas antara lelaki dan perempuan, samada secara tertutup ataupun terbuka. Mereka juga mendesak supaya wanita mempunyai hak yang setaraf dengan lelaki di dalam soal kemasukan ke Universiti. Semuanya ini berlaku di waktu Hassan Al Banna mencatitkan rasa kebimbangan beliau serta rakannya terhadap kebimbangan ini.

“Hanya Allah yang mengetahui berapa malamkah kita berbincang tentang keadaan negara dan hubungannya dengan segala lapangan hidup rakyat. Apakah kesan dari penyakit masyarakat dan bagaimana untuk menyelesaikannya ? Kami berbincang dengan penuh perasaan sehingga menitiskan airmata. Sebelum kami membuat sebarang keputusan, kami berbincang dengan panjang lebar sekali, tetapi alangkah terkejutnya kami apabila kami bandingkan keadaan ini dengan mereka yang tidak kisah kepada apa-apa, yang asyik bersenang-senang di kedai kopi.”

Dalam catitan yang sama, Sheikh Hassan Al Banna mengakui bahawa keputusan menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah ekoran dari pemerhatian beliau terhadap kejahilan Ummat Islam terhadap Agama mereka. Beliau menganggap bahawa masjid dan khatib khutbah sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini. Ulamak-ulamak yang ada tidak terdaya untuk menahan serangan dari Puak Modernist selain dari melabelkan mereka murtad. Yang malangnya terdapat juga manusia yang digelar ‘ulamak’ tetapi terlalu mudah untuk bertolak ansur dengan pemerintah dari segi prinsip agama dengan tujuan untuk memuaskan hati taghut-taghut ini. Ulamak Khahirah jatuh ke lembah yang paling menghinakan apabila mereka menyetujui fatwa yang diberi oleh Rektor Universiti al Azhar bahawa Raja Farouk adalah layak untuk memerintah dan layak digelar Khalifatul Mu’min atas alasan “beliau adalah seorang Islam dan datang dari keturunan Rasulullah S.A.W.”.

Dengan tekad bersungguh-sungguh dan sedaya upayanya Sheikh Hassan al- Banna terus menubuhkan pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin demi untuk menyelesaikan nasib yang malangitu. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan dalam tahun 1928, sebaik sahaja beliau keluar dari Darul Ulum. Pemimpin-pemimpin Islam yang terkenal seperti Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayyid Rashid Ridha’ lebih mengutamakan penulisan dan dakwah dalam aktivitinya. Apa yang dilakukan oleh Hassan Al Banna bercita-cita untuk menubuhkan satu harakah Islam yang syumul yang akan membimbing seluruh generasi dengan prinsip-prinsip Islam yang menyentuh semua aspek hidup seperti politik, ekonomi dan sosial.

Al Ikhwanul Muslimin adalah satu harakah yang tersusun rapi dengan ahlinya yang dibahagikan kepada peringkat-peringkat tertentu. Terdapat ahli peringkat pertama, peringkat kedua, penyokong dan pekerja. Seseorang itu tidak dinaikkan peringkatnya, sebelum diberi ujian tertentu. Apabila ahli sudah dianggap aktif, mereka akan dipanggil dalam mesyuarat khas, dimana Sheikh Hassan al Banna sendiri yang menjadi ketuanya. Bagi mengendalikan ahli, mereka dibahagikan kepada nuklias, sel, usrah dan barisan. Apabila cawangan-cawangan bertambah, satu yunit pentadbiran ditubuhkan dengan ahlinya dipilih khas oleh Muktamar (General Assembly). Markas akan menerima tentang maklumat semua kegiatan ahli 10 hari sebelum Muktamar.

Di Muktamar, semua cawangan menghantar wakil masing-masing. Persetujuan Markas Pusat diperlukan untuk meluluskan satu-satu keputusan yang dipersetujui oleh Muktamar Cawangan. Markas Pusat juga berkuasa untuk meluluskan atau menahan penubuhan sesuatu cawangan atau Jawatankuasa Tadbir. Untuk melicinkan lagi operasi, Jawatankuasa Pusat menubuhkan Jawatankuasa Kecil bagi department-department tertentu seperti kebajikan masyarakat, hubungan dengan Dunia Islam dan lain-lain. Di Khahirahlah letaknya Markas Pusat. Jawatankuasa Pusat terdiri dari 100 orang Jawatankuasa Pengasas dan 12 orang penasihat, yang dilantik sendiri oleh Hassan al Banna dari Jawatankuasa Pengasas. Setiap ahli membuat bai’ah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara Ikhwan hatta dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, disamping menaruh kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap ketua mereka. Mereka sanggup menerima perintah walaupun bercanggah dengan kehendak mereka. Disetiap perjumpaan mereka akan memperbaharui sumpah mereka dan mengulangi “Sami’na wa Ata’na”.

Hassan al Banna mengetahui dengan terperinci ahli-ahli yang aktif dan dipercayai. Mereka ini dikehendaki merekodkan aktiviti-aktiviti harian mereka termasuk penghafalan Qur’an serta kehadiran mereka pada sembahyang berjemaah. Mempelajari Al Qur’an, Hadith dan Syari’ah diwajibkan ke atas mereka. Mereka diajar menggunakan bermacam-macam senjata dan pertolongan cemas. Pada akhir pengajian mereka akan diperiksa apa yang telah mereka pelajari. Satu perjumpaan diadakan dua tahun sekali diperingkat cawangan apabila diarah oleh Hassan al Banna.

Di dalam tulisannya, Sheikh Hassan al Banna memegang teguh kepada beberapa prinsip. Pertamanya, beliau melarang keras ahlinya menjadi Ikhwanul Muslimin sebagai tempat medanpercanggahan pendapat. Dalam soal ini, Hassan al Banna mengikut nasihat dari seorang Ketua Sufi di mana ia masih berada di bangku sekolah. Ketua Sufi itu telah menasihatkan muridnya supaya jangan berbalah dalam perkara-perkara yang kecil dan jangan menggunakan kalimah-kalimah orang-orang atheist, murtad dan missionari kristian di khalayak ramai.

“Buatlah perkara ini semasa kamu berbincang dan bermusyawarah sesama kamu. Di hadapan orang-orang kampung, gunakanlah perkataan yang berkesan yang dapat membimbing mereka kepada Islam”.

Yang keduanya, Hassan al Banna, begitu kurang mempercayai kalangan orang-orang kaya terkenal yang ingin menyertai Ikhwan. Pada anggapan beliau, mereka berbuat demikian mungkin untuk kepentingan diri atau mencari kepentingan dunia. Di dalam penulisan beliau dan pengikutnya terdapat penekanan tentang kepentingan membentuk harakah secara beransur-ansur. Sesebuah harakah itu mestilah mendapat sokongan orang ramai yang kuat sebelum dapat menggantikan kerajaan yang ada. Massamestilah diberi dengan cukup prinsip-prinsip perjuangan Islam. Al Ikhwan dapat menjalankan progremnya hasil dari kekuatan Iman dan prinsip-prinsip Islam yang tulin, perpaduan dan Ukhwah Islamiah di kalangan ahli-ahli harakah dan penyokong. Al Ikhwan berpendapat bahawa kekuatan hanya perlu digunakan apabila semua cara lain gagal. Di dalam ucapan dan tulisannya, Sheikh Hassan al Banna menafikan bahawa Ikhwan mahu mengadakan Revolusi bunuh membunuh atau Coup d’etat. Tidak juga ia mengatakan langkah tersebut sebagai berkesan.

Aktiviti asas bagi Al Ikhwan ialah soal pendidikan dan pembukaan sekolah-sekolah yang bermacam jenis. Berulang kali Al Ikhwan menyeru kepada Kerajaan Mesir supaya mengambil berat tentang pengajaran agama dan prinsip-prinsip akhlak yang mulia kepada generasi muda yang sedang meningkat umur di sekolah-sekolah umum. Progrem persekolahan yang dilaksanakan sepatutnya mempunyai empat matlamat :

1. Menyebarkan prinsip Agama Islam.

2. Menaikkan taraf moral yang tinggi.

3. Kemegahan terhadap tamaddun Islam.

4. Menyediakan pakar-pakar di dalam semua bidang sains untuk membantu kebangkitan Islam di Mesir.

Di dalam Kurikulum sekolah, al-Ikhwan menyeru supaya pemerintah memberi perhatian yang istimewa kepada sejarah Islam, dan Tamaddun Islam. Mereka juga medesak supaya mata pelajaran Islam diwajibkan di universiti-universiti. Guru-guru yang tidak berakhlak, tidak mnegambil berat tentang Islam serta tidak jujur dalam usaha-usaha untuk memperbaiki negara hendaklah dipecat. Sekolah-sekolah yang bercampur antara lelaki dan perempuan hendaklah diharamkan. Inilah antara contoh dan peranan aktif yang dimainkan oleh Al Ikhwan.

Di Markas Pusat, sebuah Jawatankuasa Khas mengenai penubuhan sekolah-sekolah diadakan. Sekolah-sekolah rendah, menengah, teknik yang ditubuhkan adalah lain dari sekolah-sekolah swasta serta lain dari segi penekanan prinsip Islam terhadap murid-murid. Untuk menghapuskan buta huruf, Ikhwan menubuhkan beberapa sekolah percuma untuk pekerja-pekerja dan orang-orang kampung. Pada siang hari terdapat kelas menghafal Quran sementara di malam harinya terdapat kursus-kursus untuk pemuda yang tidak berpeluang belajar pada siang hari. Kelas bimbingan bagi membantu mereka yang gagal dalam peperiksaan juga diadakan di sebelah malam. Guru-guru yang mengajar terdiri dari pelajar-pelajar universiti yang telah dilatih khas. Mereka juga membuka sekolah “Ummul Mu’minin” bagi Muslimat Ikhwan. Itulah contoh-contoh betapa beratnya perhatian yang diberikan oleh Ikhwanul Muslimin terhadap pendidikan sehingga boleh dikatakan tiada satu pun cawangan Ikhwan yang tidak mempunyai sekolah sendiri.

Dari segi kebajikan masyarakat, Ikhwan memberi bermacam-macam perkhidmatan. Mereka menubuhkan persatuan untuk meningkatkan taraf kehidupan serta memajukan kampung-kampung di Mesir. Salah seorang ahli Ikhwan al Muslimin mendirikan sebuah ladang contoh di atas tanahnya. Di kampung yang lain Ikhwan membina 4 buah kubur untuk digunakan oleh mereka yang miskin. Di tempat lain pula, Ikhwan menjamu 200 orang miskin tiap-tiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Cawangan-cawangan Ikhwan berlumba-lumba dalam memberi sedekah kepada orang-orang miskin, mengadakan bekalan letrik ke kampung-kampung dan memungut derma di bulan Ramadhan. Cawangan-cawangan Ikhwan berlumba-lumba dalam memberi sedekah di bulan Ramadhan. Setengah dari ahli Ikhwan menjadi Hakim bagi menyelesaikan perselisihan-perselisihan yang berlaku di kampung-kampung. Mereka membuat bancian bagi mereka yang tidak berumah dan anak-anak yatim supaya pekerjaan yang sesuai dapat disediakan kepada mereka sejajar dengan umur mereka. Orang-orang cacat dan orang-orang sakit juga mendapat pertolongan dari segi sara hidup.

Masjid-masjid dibina di seluruh negara. Setengah kalangan mewakafkan tanah, sementara yang lain membiayai pembinaannya. Boleh dikatakan semua cawangan Ikhwan mempunyai masjidnya sendiri. Ikhwan juga mengambil berat tentang kesihatan masyarakat. Untuk mencapai matlamat tersebut untuk mendirikan hospital serta gedung-gedung ubat dikebanyakan tempat untuk merawat pesakit-pesakit. Kemuncak kejayaan Ikhwan ialah dengan terdirinya sebuah Klinik Ikhwan di Tanta di mana beribu-ribu pesakit dirawat dalam setahun.

Untuk menyebarkan prinsip perjuangan Islam, Ikhwan sangat aktif dalam bidang penerangan. Mereka menerbitkan akhbar harian dan lebih dari sedozen majallah. Di antaranya ialah majallah bulanan, Al Manar, Mingguan Al-Taaruf, Al-Shu’a, Al Nadhir, Ash-Shihah, Al Mabahith, Al Da’awah dan Al Muslimun. Akhbar Harian mereka mendapat langganan yang paling laris dari semua keluaran. Ini adalah kerana matlamat-matlamatnya :

1. Menerangkan Islam sebagai agenda dan sistem hidup yang paling bagus, disampaikan dengan cara yang paling sesuai untuk zaman moden.

2. Mematahkan serangan-serangan yang dihalakan kepada Agama Islam.

3. mendamaikan perselisihan pendapat di antara mazhab-mazhab Islam demi untuk perpaduan Ummat Islam.

Tulisan Sheikh Hassan al Banna dikeluarkan tiap-tiap hari dalam akhbar Ikhwan. Tulisannya amat bernas dengan ayat-ayat Qur’an, Hadith Rasulullah SAW dan syair-syair Arab Klasik. Antara tajuknya termasuk :

1. Progrem Ikhwan;

2. Perkembangan dan matlamat perjuangan Islam;

3. Bagaimana kita menarik manusia ke jalan Allah;

4. Menuju ke cahaya;

5. Matlamat dan prinsip kita;

6. Ke mana kita ajak manusia;

7. Harakah Kita;

8. Antara Hari ini dan Hari Esok;

9. Risalah Jihad;

10. Untuk mu Pemuda;

11. Ikhwan Muslimin di bawah Panji-panji Qur’an;

12. Tanggungjawab Muslimat; dan

13. Progrem Rohani.

Buku-buku yang ditulis oleh Ikhwan yang lain termasuk :

1. Ikhwanul Muslimin di mata dunia;

2. Palestin dan Afrika Utara;

3. Keruntuhan Tamaddun Barat Moden; dan

4. Islam terus melangkah ke hadapan.

Ikhwan juga mengeluarkan risalah-risalah dan riwayat hidup Hassan al Banna. Penerbitan ini bukan sahaja popular di Mesir malah ianya terkenal diseluruh negara-negara yang berbahasa Arab. Tidak terdapat satu pun pergerakan Islam di negara Arab di zaman moden ini yang dapat menghasilkan minat orang yang begitu kuat terhadap perjuangan Islam serta mendidik mereka dengan semangat Islam. Ini semua adalah kesan dari tulisan-tulisan yang gagah yang ditulis oleh penulis-penulis Muslimin dan Muslimat Ikhwanul Muslimin.

Daripada awal lagi, Ikhwan menerima Muslimat menyertai harakahnya. Sayap Muslimat Ikhwanul Muslimin mempunyai dasar perjuangan yang sama dengan Muslimin walaupun terdapat sedikit ubah suai untuk memenuhi sifat kewanitaan Muslimat. Penekanan yang berat diberi untuk menghasilkan individu-individu Muslimat yang mulia, berakhlak dan suci. Aktiviti Muslimat berkisar pada pendidikan dan kebajikan masyarakat berdasarkan Islam.

Di antara ciri yang menonjol bagi Harakah Ikhwanul Muslimin ialah penekanannya yang berterusan terhadap kepentingan JIHAD. Jihad yang diajar oleh Ikhwan ialah Jihad yang difahami oleh semua orang Islam iaitu Jihad yang tidak mempunyai sebarang unsur tolak ansur. Bukannya konsep JIHAD yang direka-reka oleh Puak Modernist. Ikhwan menganggap bahawa ibadat dan amal soleh seseorang Islam itu sia-sia jika ia tidak bersedia untuk mengorbankan nyawanya demi untuk mempertahankan Agama Islamnya. Bersedia untuk mati tanpa mengharapkan sebarang balasan dunia melainkan semata-mata cintakan Allah dan hari Akhirat. Al Ikhwanul Muslimin menaikkan semangat jihad dengan cara menggalakkan pemuda Islam melakukan latihan menguatkan tubuh badan untuk persediaan perang. Akhirnya mereka menubuhkan Unit tentera mereka sendiri untuk mempertahankan harakah apabila diperlukan.

Sheikh Hassan al Banna berkali-kali mengajak orang kampung supaya berjihad menumpas penjajah British dan menghalau mereka selama-lamanya dari Mesir. Beliau tidak bertolak ansur langsung dalam masalah ini dan beliau tidak mempercayai langsung pendapat dan fikiran bahawa masalah ini dapat diselesaikan melalui perbincangan dan mesyuarat yang tidak membawa ke mana-mana. Di dalam peperangan Palestin pada tahun 1948, pasukan sukarelawan Ikhwan Muslimin adalah pasukan yang paling berani berperang di pihak Arab. Apabila Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf penubuhan negara Yahudi di Palestin, Sheikh Hassan al Banna menyeru semua negara Islam meninggalkan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berjihad menentang Yahudi.

Sheikh Hassan al Banna dan penyokongnya dengan terang-terang dan berani melaungkan bahawa Islam sajalah agama yang terbaik dan penyelesai kepada semua masalah yang dihadapi oleh Mesir. Matlamat Ikhwanul Muslimin ialah untuk mendirikan masyarakat dan negara Islam di mana Syariah Islam menjadi undang-undang negara. Hassan al Banna berkata :

“Kita tidak akan berdiam diri dan bersenang hati atau berhenti selagi Qur’an benar-benar menjadi perlembagaan negara. Kita akan hidup untuk mencapai matlamat ini atau mati dalam usaha melaksanakannya”.

Al Ikhwanul Muslimin tidak berpuas hati dengan undang-undang negara yang hanya meletakkan Islam sebagai Agama Negara. Mereka mendesak supaya undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya di mana kerajaan dan rakyat tunduk kepada undang-undang Allah.

Sheikh Hasan al Banna berkata dalam satu ucapannya :

“Al Ikhwanul Muslimin memegang sikap bahwa Islam mempunyai implikasi yang luas dan menyeluruh. Islam mengawal semua tingkah laku individu dan masyarakat. Setiap sesuatu mestilah tunduk di bawah undang-undangNya dan mengikut ajaranNya. Sesiapa yang menurut Islam dari segi Ibadat saja tetap meniru orang kafir dalam semua hal lain boleh dianggap sama taraf dengan orang kafir”.

Di dalam jawapan kepada salah seorang pemimpin politik di zamannya, beliau berkata :

“Kami mengajak kamu kepada Islam, ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini dianggap politik oleh kamu maka inilah politik yang kami perjuangkan”.

Oleh kerana Demokrasi tulin tidak wujud di Mesir, Hassan al Banna memerintah supaya semua parti politik dibubarkan termasuk Sistem Parlimen kerana ini semua tidak menghasilkan apa-apa melainkan keruntuhan moral dan perebutan kuasa. Hassan al Banna dan pengikutnya berkeyakinan bahawa tidak ada satu pun parti politik Mesir yang wujud di zaman Raja Farouk benar-benar ingin melaksanakan undang-undang Islam atau cinta kepada Islam. Ikhwanul Muslimin bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam Mesir yang kuat dan memansuhkan semua parti-parti yang ada. Begitulah tegasnya sikap al Ikhwanul Muslimin sehinggakan menjadi syarat bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli harakahnya berhenti dari menjadi ahli sebarang parti politik yang ada di Mesir pada zaman Raja Farouk.

Walaupun al Ikhwanul Muslimin menyokong Nasionalis Arab Sekular dalam soal membebaskan Mesir dari belenggu Penjajah, dan kesatuan Arab, ini bukanlah menjadi matlamat tetapi cara saja. Menyatukan bangsa Arab adalah langkah pertama kepada penyatuan Ummat Islam di negara Arab. Bebas dari penjajahan bermakna Ummat Islam mempunyai kesempatan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Malangnya apabila tergulingnya Raja Farouk dalam Revolusi 23hb. Julai 1952, negara Mesir ditukar kepada sebuah Negara Nasionalis Sekular tulin serta terus melanjutkan polisi membaratkan Mesir seperti yang dibuat oleh pemerintah dahulu. Masa telah membuktikan bahawa pemerintah yang baru adalah sama ganasnya terhadap pergerakan Islam seperti pemerintah yang dulu juga malah mereka lebih tamak, zalim dan gila kuasa.

Al Ikhwanul Muslimin bukan mahukan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, malah mereka berjanji berkali-kali untuk menyokong sesiapa yang memerintah asalkan undang-undang Islam dijalankan. Semua ini ditolak mentah oleh diktator Tentera yang baru berkuasa itu. Presiden Gamal Abdul Nasser pernah berkata :

“Saya telah bertemu dengan Ketua Penasihat Ikhwanul Muslimin yang telah membuat beberapa tuntutan kepada saya. Perkara pertama yang dia mahu ialah semua wanita diwajibkan menutup aurat. Dia juga mendesak supaya ditutup semua panggung wayang dan tempat pementasan. Dengan lain perkataan dia mahu supaya hidup kita gelap dan mendung. Sudah tentulah menjadi perkara mustahil untuk kita melaksanakannya”.

Percubaan untuk menbunuh Presiden Gamal Abdul Nasser pada December 1954, menjadi alasan yang baik yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan untuk menghancurkan Ikhwan al Muslimin. Ikhwan telah dituduh melakukan penembakan itu walaupun Ikhwan berkali-kali menafikannya. Beribu-ribu anggota Ikhwan telah ditangkap, dipenjara dan 6 orang telah digantung hingga mati. Protes dari dunia Islam tidak dilayan langsung. 12 tahun selepas peristiwa itu, iaitu pada tahun 1961, al Ikhwanul Muslimin telah difitnah sekali lagi sebagai penyebab kepada kegagalan dan kemunduran negara. Akhirnya Presiden Nasser telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang penting untuk ‘menghapuskan pengaruh gerakan apa yang dipanggil reaksionari Ikhwanul Muslimin’.

Beliau (Gamal Abdul Nasser) telah mencadangkan supaya kuasa ketenteraan

dan undang-undang digunakan untuk menghancurkan Harakah Islam ini. Sebahagian dari cadangan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas itu telah disiarkan dalam An-Nadwa, Mekah seperti berikut :

1. Mata Pelajaran Deeniyah (agama) mestilah dibuang terus dari sukatan pelajaran di Institusi Pengajian di seluruh negara. Semuanya itu akan digantikan dengan kurikulum baru berdasarkan prinsip sosialisma.

2. Komunis mestilah dibantu dan diberi peluang yang luas untuk menghancurkan agama supaya martabat mereka yang berugamaa di Mesir hancur. Tanggungjawab ini diberikan kepada kerajaan yang akan mengizinkan komunis menjalankan aktiviti anti agamanya dengan selantang-lantangnya. Sementara itu agama akan ditindas dari sebarang peluang untuk bergerak.

3. Selepas kita mengkaji dengan dengan mendalam tentang mereka yang tidak terikat dengan Ikhwan tetapi memainkan peranan yang sama dengan Ikhwan, kita merumuskan bahawa kedua-dua kumpulan pendakyah-pendakyah ini bersatu dari segi fikrah dan amalannya. Oleh itu kedua kumpulan ini mestilah dipisahkan dan pertalian mereka diputuskan. Kalau tidak, harinya tidak akan lama di mana mereka akan berganding bahu untuk memberontak menentang kerajaan secara terbuka. Pada masa itu kita akan susah untuk membezakan antara satu dengan yang lain. Adalah wajar kalau kita elakkan bahaya ini dengan menganggap bahawa kedua kumpulan itu adalah sama. Semua ruang untuk perkembangan mereka serta peluang bagi aktiviti intelektual dan praktikal mereka mestilah dihalang. Penyiasatan yang rapi hendaklah dijalankan bagi mengetahui berkenaan dengan perjumpaan dan hubungan mereka antara satu sama lain. Semua ahli ibadat dari sebarang agama mestilah diharamkan dari menjadi ahli sebarang organisasi. Mereka hendaklah juga diharamkan dari tempat-tempat awam, propaganda kebangsaan dan keramaian-keramaian negara.

4. Ikhwan dan simpati-simpatinya mestilah ditindas berterusan serta dipenjarakan. Semua usaha untuk menjaga keselamatan harta benda mereka hendaklah ditarik balik dan diumumkan bahawa keselamatan mereka pun tidak akan dijamin. Berbagai-bagai penyiksaan, penghinaan dan penindasan mestilah dilakukan ke atas mereka supaya mereka tidak akan merasa senang walaupun sesaat.

Akibat dari polisi ini, beribu-ribu Ikhwan termasuk Muslimat ditangkap dengan tidak ada peluang membela diri dan mereka diazab dengan penyiksaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hassan Ismail Hudaybi, seorang hakim dan ulamak terkenal yang menggantikan Hassan al Banna debagai Ketua Penasihat Ikhwan telah disiksa walaupun umurnya sudah tua dan uzur. Pada 29hb. Ogos, 1966 tiga orang pemimpin Ikhwan telah dihukum bunuh. Yang paling terkenal di antara tiga itu ialah Ash-Shaheed Sayyid Qutb yang juga seorang ulamak dan penulis terkenal di dunia Arab. Adiknya Muhammad Qutb yang juga seorang penulis yang terkenal. Dua orang adik perempuannya, Aminah dan Hamidah Qutb pun turut dikurung dalam penjara bertahun-tahun lamanya. Beberapa tahun dahulu. Sheikh Hassan al Banna telah meramalkan mala petaka ini dan memberi amaran kepada pengikut-pengikutnya bahawa Ikhwanul Muslimin akan dihina, ditentang, ditahan, dianiaya, disiksa dan akan dikenakan kesusahan yang amat pahit. Sementara itu beliau berjanji bahawa kemenangan di dunia dan di akhirat akan tetap bersama Ikhwan akhirnya.

Walaupun Ikhwan al Muslimin ditindas di negaranya sendiri, Ikhwan di Syria, Jordan, Lebanondan Sudanterus bergiat dengan aktivitinya. Di Geneva, Dr. Said Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan al Banna dan menyibarkan prinsip perjuangan Islam di Barat dengan hebat. Beliau keluar dari Mesir apabila beliau dijatuhkan hukuman bunuh oleh kerajaan Mesir.

“Adalah salah kalau kita menganggap prinsip perjuangan Ikhwanul Muslimin telah mati. Penulis rencana ini telah pergi ke Mesir dan Syriaserta melihat dengan mata kepalanya sendiri kesan dari harakah ini di sana. Kehilangan sementara harakah dari masyarakat kerana situasi tertentu, tidak bermakna ianya telah mati. Pergerakan berideologi tidak mati dengan cara ini. Mesejnya masih terus berkembang di semua lapangan hidup termasuk intelektual, sosial dan kebudayaan. Malah prinsip perjuangan Ikhwan subur dan menjelajahi tanah-tanah baru. Apabila sekatan yang dikenakan oleh penzalim diturunkan, Ikhwan InsyaAllah akan muncul dengan lebih gagah dan bersemangat. Inilah keadaan Ikhwan yang sebenarnya. Tetapi, apakah yang telah berlaku kepada Parti Sekular di Mesir ? Di manakah perginya Wafd Party sekarang ? Ke manakah juga perginya Sa’adist Party ? Saya harap cerdik pandai dapat pergi ke Mesir dan mengkaji sendiri keadaan di sana. Apabila berlakunya penindasan dari regim pemerintah, pergerakan manakah yang lebih gigih menghadapinya ?